Sunday 19 February 2017

MB Kelantan seru ahli parlimen Islam sokong


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyeru kepada semua ahli parlimen Islam agar istiqamah memberi sokongan kepada RUU355 di parlimen nanti.

Beliau berkata, inilah masanya umat Islam berpeluang untuk melaksanakan tuntutan yang berasal daripada wahyu Allah.

"Sesiapa yang mahu nyatakan cinta pada Allah. Maka inilah masanya. Kita telah memilih wakil rakyat, jadi kita zahirkan suara rakyat ini di dalam parlimen nanti," katanya.

Beliau berkata demikian di Himpunan RUU355, yang sedang berlangsung di Padang Merbok. – HARAKAHDAILY 18/2/2017

No comments:

Post a Comment