Sunday 19 February 2017

Memalukan gagal kawal 'burung' denda cuma RM5,000!


Memalukan gagal kawal 'burung' denda cuma RM5,000!


KUALA LUMPUR - "Kita berhimpun di Padang Merbok, kalau sesiapa bawa pulang burung Merbok, maka akan didenda sebanyak RM50,000."Tetapi kalau sesiapa dalam himpunan (peserta) yang gagal kawal 'burung' dia yang liar, mereka akan didenda sebanyak RM5,000," demikian pesan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof Mahamad Naser Disa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hukuman bagi jenayah syariah yang dikenakan ke atas masyarakat Islam di negara ini.Mengulas mengenai peruntukan denda yang dikenakan, beliau menjelaskan, kadar tersebut yang dikenakan disifatkan sebagai jumlah yang terlalu rendah.

"Memalukan!

"Kepada siapa ditentukan undang-undang sebegini? Kepada orang-orang sekular yang menganggap ini adalah negara sekular!, " tempelaknya sambil disambut sorakan peserta Himpunan 355 di Padang Merbok, di sini, hari ini.


Menurutnya lagi, golongan sekular juga yang telah menyebabkan undang-undang jenayah syariah di negara ini dihina dan diperlekehkan."Mereka tetap berhujah bahawa mereka negara sekular.

"Jadi kita mesti lawan, pertegaskan dengan laungan yang negara kita adalah negara yang mendaulatkan Islam. Pastikan tidak ada lagi orang-orang yang berkemungkinan sekular ke Parlimen," katanya lagi.

Usul dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memcadangkan peningkatan hukuman penjara hingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan menerusi rang undang-undang (RUU) persendirian 355.

Difahamkan, cadangan itu dikemukakan bagi meminda hukuman bagi pesalah syariah negara ini.

Denda maksimum bagi hukuman dijatuhkan di mahkamah syariah pada masa sekarang adalah RM5,000

No comments:

Post a Comment