Saturday, 1 October 2011

Orang Yg Tidur Dlm Berwuduk Dilindungi Malaikat

Rasulullah s.a.w memberikan taladan kepada kita bagaimana mempraktikkan amalan sunnah sebelum tidur. Antaranya mengambil wuduk sebelum tidur. Tujuan amalan berwuduk itu adalah supaya setiap Muslim sentiasa berada dalam keadan suci, termasuk ketika tidur. Dalam keadaan demikian ia akan menyebabkan Malaikat akan sentiasa bersama dgn kita. Berkaitan perkara ini Rasulullah bersabda, Daripada Ibnu Abbas ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

'Sucikanlah badan kalian nescaya Allah mensucikan kalian. Tidaklah seseorang hamba bermalam dalam keadaan suci kecuali pada baju dalamnya terdapat Malaikat yang bermalam bersamanya. Dia tidak berbalik di waktu malam kecuali Malaikat itu berdoa, "Ya Allah, ampunilah hamba Mu kerana ia bermalam dalam keadaaan suci". (H.R At Tabrani dgn Sanad Jayyid)

Suatu ketika, seorang sahabat iaitu al-Barra' bin Azib berkata' Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:

"Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu, maka berwuduklah seperti wudukmu ketika hendak solat. Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh yang kanan. Lalu ucapkanlah " "Ya Allah Aku menyerahkan diriku kepadamu, aku menyerahkan uruskanku kepada Mu, Aku menyandarkan punggungku kepada kamu kerana senang dan takut. Tidak ada tempat perlindungan dan keselamatan daripada-Mu kecuali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang engkau turunkan dan Nabi yang telah engkau utus. Maka apabila kamu meninggal dunia, maka kamu meninggal dalam keadaan fitrah. Dan jadikanlah ia ucapan terakhirmu." (Riwayat Bukhari)

Selain mendapat doa para Malaikat, berwuduk sebelum tidur merupakan ikhtiar kita agar kalau ditaqdirkan kita mati ketika itu mudahan-mudahan mati kita dalam Husnul Khatimah. Ini kerana tidur itu sebenarnya sebahagian daripada kematian. Berkaitan perkara ini marilah kita renung maksud Firman Allah seperti berikut;


Maksudnya" Allah mengenggam jiwa manusia ketika matinya dan mengengam jiwa manusia yang belum mati sewaktu tidurnya. Maka dia tahan jiwa orang yang telah ditetapkan kematiannya, dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya dalam hal ini terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah az-Zumar, ayat 42)


Dengan mengamalkan sunnah ini mudah-mudahan selain mendapat doa para Malaikat,ia akan menghindari seseorang daripada gangguan Syaitan yang sentiasa mencari peluang bagi menyesatkan manusia. Begitu juga seseorang yang berwuduk ketika tidur sekiranya meninggal dunia maka matinya dalam keadaan suci bersih (Fitrah). Marilah kita sama-sama beramal dengan Sunnah mulia ini utk kebaikan dan keselamatan rohani kita.

No comments:

Post a Comment