Thursday, 27 October 2011

Dadah Oh Dadah Bilalah Hendak Terhapus ?

Isu dan masalah dadah masih tidak kunjung padam. Semua pihak pening memikirkan perkara ini. Berpuluh tahun isu ini telah berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian. Berapa banyak agaknya wang kerajaan telah dihabiskan untuk menangani masalah ini. Mungkin Billion ringgit ! Apa yang berlaku penagih tetap ramai, Jumlah pusat Serenti makin bertambah, bangunan AADK semakin tinggi. Namun jumlah penagih tetap wujud dan terus wujud. Data di bawah menunjukkkan apa yang sebenarnya berlaku. Sebenarnya bagi setiap kes tangkapan masih ada 5 orang penagih yang masih berkeliaran di luar sana. Jadi berapa jumlah agaknya. Mohon kira sendiri

Statistik Jumlah Penagih Dadah Mengikut Negeri Tahun 2006 – 2010

NEGERI
TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
Johor
2329
2004
1512
1633
2091
Kedah
2634
1604
1749
2016
2507
Kelantan
2243
884
672
1902
2360
Melaka
619
313
367
327
176
Negeri Sembilan
624
826
602
919
921
Pahang
768
378
361
1064
1198
Perak
2545
1194
1598
1121
2296
Perlis
289
147
171
302
354
Pulau Pinang
5127
3433
1622
2255
3753
Sabah
846
217
119
99
517
Sarawak
712
184
51
76
145
Selangor
1836
1409
1176
1864
3548
Terengganu
202
127
490
481
2377
Kuala Lumpur
2018
1756
1828
1635
1344
Labuan
19
6
19
21
10
Putrajaya
0
7
15
21
45
JUMLAH
22811
14489
12352
15736
23642
JUMLAH KESELURUHAN
89030


Namun setelah berpuluh tahun program membasmi dadah ini berjalan nampaknya masih tidak ada satupun Pusat rawatan di kendalikan menurut cara Islam. Yang adapun, itu milik pihak swasta yang serba kekurangan. Macam tidak percaya sahaja Islam ada kaedah utk merawat masalah penagihan ? Inilah masalah pihak penguasa yang sentiasa tidak percaya Islam adalah penyelesai masalah Ummah. Agaknya sampai hendak tunggu semua orang jadi penagih baru terfikir hendakan Islam?

No comments:

Post a Comment