Friday, 14 October 2011

Hudud Perlu Dilaksanakan Di Seluruh Negara, Tengok Fakta Ini

Semua orang bercakap berkaitan pelaksanaan hukum hudud. Ada yang menyokong dan menentang dengan pelbagai alasan. Malangnya, hanya Kelantan nampaknya yang bersungguh-sungguh hendak melaksanakan hukum hudud ini. Seolah-olah negeri lain tidak perlu dan seolah-olah negeri mereka sudah baik segala-galanya. Saya ada bukti hudud kena dilaksanakan diseluruh negara terutama untuk membendung masalah kelahiran anak zina. Kesalahan zina termasuk di dalam hukum hudud. Sila baca fakta di bawah;
                       

              CARTA STATISTIK ANAK TAK SAH TARAF
            MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (2006- 2010)

NEGERI
2006
2007
2008
2009
2010
JOHOR
4,409
5,239
5,622
5,425
5,251
KEDAH
1,354
1,799
1,741
1,742
1,754
KELANTAN
850
1,076
1,145
1,221
1,279
MELAKA
815
977
1,065
1,077
984
N.SEMBILAN
1,535
1,645
1,658
1,577
1,654
PAHANG
1,788
2,125
1,960
2,177
2,182
PULAU PINANG
1,375
1,572
1,573
1,679
1,586
PERAK
2,383
2,599
2,746
2,945
3,060
PERLIS
171
319
235
244
207
SELANGOR
4,993
5,728
6,162
6,211
6,610
TERENGGANU
588
701
824
952
891
SABAH
9,978
10,063
10,638
15,207
15,645
SARAWAK
3,553
4,907
5,444
6,027
6,099
KUALA LUMPUR
3,340
4,015
4,375
3,882
3,838
LABUAN
195
256
336
394
353

Cuba tengok data anak-anak luar nikah yang dilahirkan mengikut negeri spt jadual diatas. cth th 2010 Sabah 15,645, Selangor 6610, Johor 5251. Kalau rajin tolong kira sendiri, jumlah kelahiran keseluruhan ikut negeri bagi tempoh 5 tahun. Cukup menakutkan !!Kalau hendak kira Allah sudah layak turunkan gempa bumi di Malaysia ini. Tidak mustahil perkara ini akan berlaku sekiranya Allah benar-benar telah murka. Hukum hududpun manusia hendak main-mainkan lagi. Sewajarnya seluruh umat Islam berkerjasama untuk menangani isu ini. Allah Akbar.

1 comment:

  1. Saya tidak terkejut dgn angka yg terpapar apabila masing2 pihak lebih banyak mgalakkan zina drpd ingin mengikut perintah Allah SWT.
    Sebenarnya bila ingin membicarakan mengenai hukum hudud, ramai antara kita melatah dan berbicara senada dengan orang kafir yang sememangnya benci kepada Islam. Sepatutnya kita semua sokong hukum hudud ramuan hukum daripada Allah SWT untuk kesejateraan manusia yang Dia ciptakan, Setiap sesuatu yang datang daripada Allah SWT semestinya amat sesuai dan mujarab kepada tindakan dan perlakuan manusia seharian. Sebagai contoh kebaikan hukum hudud yang sebenar :

    1. Ditetapkan rejam sehingga mati kepada mereka yang telahpun berkahwin, tetapi masih melakukan perbuatan berzina. ( Bila berzina, semestinya bukan dengan suami isteri yang sah atau dengan kata lain dilakukan bersama orang ketiga. Penjelasan diberi sebab ramai yang terkeliru istilah berzina bagi mereka yang telah berkahwin ). Sementara mereka yang berzina tetapi masih betum kahwin hanya dikenakan sebatan 100 kali kepada kedua-dua pasangan pengzina.

    Perintah Allah SWT menjatuhkan hukum kepada pengzina kelihatan agak berat, tetapi sebenar terlalu besar signifikan kepada proses kehidupan manusia, Sekiranya betul2 hukuman tersebut dilaksanakan kepada pengzina yang sudah berkahwin ( dihukum bunuh ) mahupun 100 sebatan kepada yang belum berkahwin, nescaya perasaan takut dan gentar timbul kepada mereka yang melihat serta yang mendengar pelaksaan hukuman tadi. Kesannya, perbuatan zina tidak akan merebak atau bertambah sebagaimana sekarang. Rumah pelacuran akan terhapus, begitu juga istilah2 yang biasa disebut seperti bohsia, bohjan, gegolo, bapak ayam, ibu ayam akan ketakutan dengan hukuman yang dilaksanakan. Justeru kehidupan masyarakat akan lebih aman dan harmoni. Perbuatan dan perlakuan sosial masyarakat Melayu yang cukup parah seperti isu pembuangan bayi hasil daripada hubungan seks bebas juga akan dapat dibendung,

    Untuk menjatuhkan hukuman kepada pengzina, dalam konteks pelaksanaannya bukanlah dilakukan secara samborono atau ambil mudah setiap tuduhan oleh mana-mana pihak. Islam amat teliti kepada mereka yang menceritakan kes zina contoh watak mereka yang membawa perkhabaran sama ada dari kalangan orang baik atau sekadar untuk fitnah. Bilangan saksi mesti melebihi empat orang dari kalangan lelaki yang baik. Masa dan tempat yang dinyatakan oleh keempat2 penyaksi mesti nadanya sama, bukan bertelagah antara satu sama lain. Yang nyata penyaksian mesti keempat orang saksi melihat dengan jelas semasa amalan terkutuk tadi berlangsung. Sekiranya para saksi tidak sama pendirian, hukuman tidak akan dapat dilaksanakan kerana terlapat kilaf fahaman, Begitulah susahnya hukuman yang dianggap berat tadi benar2 dapat dijatuhkan kepada pesalah. Ini menggambarkan Allah SWT menetapkan syarat yang cukup teliti kepada pesalah-pesalah dalam hukum syarak.

    ReplyDelete