Friday, 28 October 2011

Bangsa Melayu Akan Pupus !

'Bangsa Melayu akan pupus". Bunyinya agak kasar tapi fakta membuktikan segala-galanya. Orang Melayu menjadi juara dalam perkara-perkara yang tidak baik. Menagih dadah, jarang sangat yang akan sembuh kecuali ubatnya mati sahaja. Angka-angka di bawah adalah angka yang menunjukan mereka yang akan menjadi mayat . Hanya faktor masa sahaja yang akan menentukan   bila mereka akan menjadi mayat. Namun, sebelum mereka menjadi mayat sebenar sekarang ini sebahagian besar mereka telah menjadi mayat-mayat bernyawa.  Rupanya ramai yang duduk dalam tahanan dan sebahagian besar yang masih bebas adalah mayat-mayat bernyawa. Oh, malangnya bangsaku  !                      

                       Statistik Dadah Mengikut Bangsa Tahun 2006-2010
BANGSA
TAHUN
JUM
2006
2007
2008
2009
2010
Melayu
15849
10522
9562
13705
18693
68331
Cina
3632
1966
1438
951
2279
10266
India
2427
1653
1090
942
2037
8149
Pribumi Sabah
539
236
150
56
456
1437
Pribumi Sarawak
99
29
17
23
29
197
Lain-Lain
265
83
95
59
148
650
JUMLAH BESAR
22811
14489
12352
15736
23642
89030


Berapa banyak duit kerajaan diguna untuk membela mereka di pusat-pusat pemulihan. Kalau duit itu kita guna untuk membina masjid dan sekolah agama sudah tentu banyak bangunan sekolah agama baru dan masjid baru dapat didirikan. Mereka adalah contoh kesan dan akibat orang yg  gagal ke sekolah agama dan tidak menjejakkan kakinya di masjid-masjid. Maka terimalah hukuman Allah .

No comments:

Post a Comment