Wednesday, 2 November 2011

Kerana....Mak Nyah

                                                             MAK NYAH TERDESAK

KUALA LUMPUR: Terdesak mendapat wang menjelang Aidilfitri, golongan mak nyah atau pondan terpaksa menggunakan laman sembang atau sosial untuk mendapatkan pelanggan pada bulan puasa berbanding kebiasaannya di lorong tertentu sekitar ibu kota.

Seorang pondan yang ditemui Metro Ahad, Liz atau nama lelakinya, Rizduan berkata, aktiviti mereka pada bulan mulia ini lebih tersorok dan dilakukan secara senyap bagi menghormati Ramadan, tidak seperti hari-hari biasa di mana aktiviti seks mereka dilakukan secara terang-terangan.

Sumber: Metro Ahad, 5 September 2011



DIKEBUMI SEBAGAI LELAKI

Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.

Sumber: MyMetro


Berita di atas hanya coretan amat sedikit yang diambil dari paparan akhbar. Jika ingin dikumpulkan semua berita seumpama itu buku setebal satu jengkal lelaki dewasa sebanyak 7 jilid pun masih lagi tidak mampu menampung. Terlalu banyak berita yang dilaporkan. Ia bukan sekadar rekaan. Melainkan liputan berita yang benar berlaku. Berlaku di kalangan umat Melayu. Berlaku di antara mereka yang lahir dari keluarga muslim. Berlaku di Negara bernama Malaysia.

Melihat kekalutan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan satu langkah untuk merencana sebuah modul berdokumentasi yang mampu membantu meminimumkan permasalahan tersebut. Modul digubal bertujuan membantu golongan yang menghadapi krisis identiti termasuk mereka yang sudah menukar jantina  agar mereka kembali kepangkal jalan.

Bagi memulakan langkah tersebut, Bengkel Perkongsian Maklumat: Mak Nyah Dari perspektif Ilmiah telah diadakan. Bengkel selama 3 hari yang bermula pada 21 oktober 2011 telah membincangkan berkenaan Mak Nyah dari perspektif beberapa disiplin ilmu. Antaranya, Mak Nyah Dari Perspektif Islam yang disampaikan oleh Dr. Abdul Aziz bin Hanafi, Mak Nyah Dari Kaca mata Psikiatri yang disampaikan oleh Dr. Salina Abdul Aziz, Pandangan Sosiologi Terhadap Mak Nyah yang disampaikan oleh Dr. Hazizan Bin Mohd Noon dan Krisis Identiti Seksual Mak Nyah Dari Perspektif Psikologi yang disampaikan oleh Dr. Nasrudin Subhi. Selain daripada itu perkongsian berdakwah bersama Mak Nyah turut didedahkan. Encik Rozi Bin Zakaria yang pernah membuat kajian sarjananya berkenaan Dakwah di kalangan Mak Nyah Muslim di Kuala Lumpur telah membentangkan hasil kajiannya. Encik Mohamed hanafiah yang merupakan penasihat SIDIM turut berkongsi pengalaman ngo di bawah naungannya dalam berdakwah bersama Mak Nyah.

     jakim image     
PENGARAH BHG KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI JAKIM MENYAMPAIKAN AMANAT DALAM UCAPAN PERASMIAN BENGKEL
             jakim image             
BARISAN PENCERAMAH YANG MEMBAHASKAN BERKENAAN MAK NYAH DARI PELBAGAI DISIPLIN ILMU DALAM BENGKEL DIADAKAN.
           jakim image           
PESERTA DAN URUSETIA BENGKEL BERGAMBAR BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KELUARGA SOSIAL & KOMUNITI 


             
          



             
               

No comments:

Post a Comment