Friday 4 November 2011

KEMENTERIAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT TERLIBAT DGN PENGANJURAN SEKSUALITI MERDEKA ?

 
Seksualiti Merdeka 2011 terus dikecam oleh banyak  pihak  samaada dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan-badan kerajaan dan individu prihatin. Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Harus Sani memfatwakan individu yang terlibat sekiranya Muslim adalah terlibat dengan dosa besar dan menjadi Kufur kerana cuba menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T. Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Kenyataan Akhbar Timbalan Ketua Pengarahnya (TKP) telah medesak  supaya semua pihak mematuhi peraturan sedia ada di dalam negara dan merujuk Deklarasi Kaherah berkaitan Hak Asasi Manusia. Menurutnya:

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini …..Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.”.

Persoalannya, sejauhmanakah agensi-agensi kerajaan di Malaysia benar-benar mematuhi dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan sendiri dan mematuhi semangat Perlembagaan Negara. Dalam isu Hak Asasi termasuk berkaitan membenteras HIV dan AIDS banyak kementerian di Malaysia lebih mengagongkan pendekatan barat dan megenepikan Perlembagaan Negara. Hanya menyebutkan cth di sini tindakan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKM) yang setiap tahun memberikan geran kewangan kepada NGO PT Foundation adalah contoh nyata bahawa sebenarnya duit jutaan ringgit duit kerajaan (duit rakyat) telah diguna pada perkara yang sia-sia dan bahkan telah menyuburkan gaya hidup LGBT di negara ini.

Dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 pada kali ini secara jelas PT Foundation merupaka salah satu pendokongnya. Entah berapa banyak sumber kewangan kerajaan melalui duit rakyat yang diberikan kepada PT Foundation melalui KWKM ini digunbakan untuk mendokong gerakaan LGBT. Apakah KWKM tidak tahu selama ini sesetengah ahli PT Foundation terdiri daripada kelompok LGBT. Di kalangan mereka ditakuti masih  terlibat dengan aktiviti Gay dan Taranseksual dan lainnya. Di bawah ini adalah bukti bahawa PT Foundation terlibat dgn Seksualiti Merdeka 2011:

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals


Apa yang mendukacitaka dalam isu gerakkan LGBT ialah apabila sesetengah agensi kerajaan sendiri telah berjaya diperalatkan oleh sesetengah  NGO yang memperjuangkan agenda luar yang boleh menggugat kesetabilan negara. Sekadar menyebutkan contoh lainnya di sini bagamana satu perbincangan yang dinamakan “Roundtable Discussion On Gender Equality: Unaddressed Right Issues” pada 31 Oktober 2011 anjuran bersama SUHAKAM dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor yang diadakan di Conference Room De Palma Hotel secara jelas mempunyai agenda khas untuk memperjuangkan kelompok LGBT.

Apa yang amat mendukacitakan tajuk seperti ‘CEDAW in Defending the Human Rights of Lesbian, Biseksual Women and Transgenders In Malaysia telah diberikan  penghormatan untuk dibincang dihadapan wakil-wakil kementerian tertentu. Di masa yang sama tajuk "A CEDAW Approach to Family Law in Advancing Equality and Non-Discrimination” yang sebahagian kandungan mempertikaikan Undang-Undanmg Keluarga Islam di negara ini juga boleh dibincangkan secara terbuka. Perbuatan biadab ini mesti dihentikan.

Apakah Seksualiti Merdeka 2011 hanyalah secebis daripada Gerakan Liberal  Barat yang berselindung atas Human Right untuk melumpuhkan Islam di negara ini. Apakah terdapat kementerian tertentu atau badan kerajaan tertentu juga terlibat menjayakan agenda jahat ini ? Mohon pehak PDRM siasat!


No comments:

Post a Comment