Monday 2 October 2017

Akademik Nyamuk Sokong Liberalis Turki?


Kuala Lumpur: Pendirian yang dikongsikan oleh Persatuan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) atau Malaysian Academic Movement untuk mengutuk penahanan Mustafa Akyol yang berceramah tanpa tauliah oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bukanlah mewakili pandangan keseluruhan warga akademik. 

Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan tersebut kerana ia memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli akademik di Malaysia membela Mustafa Akyol sedangkan mereka sendiri tidak sedar pun akan kewujudan persatuan in “Ahli-ahli akademik di Malaysia sebenarnya bernaung di bawah Kongres Persatuan Akademik Malaysia atau Malaysian Academic Association Congress (MAAC) yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Tun Hussein Onn.” 


“Semakan di laman web GERAK dan semakan lain mendapati bahawa keanggotaan Perlembagaan GERAK adalah terbuka kepada semua kakitangan akademik di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun, keanggotaannya sebenarnya hanya meliputi sebilangan kecil ahli akademik sahaja,” jelas Dr Kamarul lagi. Walau bagaimanapun, beliau berkata tindakan GERAK membela Mustafa Akyol ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana ketuanya, Prof Zaharom Nain, melalui University of Nottingham Kuala Lumpur (UNKL), sentiasa bekerjasama dengan Islamic Renaissance Front (IRF), DAP (melalui Penang Institute) dan G25 di dalam usaha untuk meliberalkan Islam di Malaysia. 

“Malah, syarahan awam Mustafa Akyol, bertajuk “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity, and Islam” (“Jesus Islam: Persamaan Antara Yahudi, Kristian dan Islam”), pada 25 September lalu pun dijadual untuk dilangsungkan di UNKL dengan Prof Zaharom Nain menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya,” ujar beliau. “Pemikiran begini tentunya tidak mewakili pemikiran majoriti ahli akademik di Malaysia,” tegas Dr Kamarul lagi.

Read more at: https://www.menara.my/akademik-nyamuk-sokong-liberalis-turki/

No comments:

Post a Comment