Sunday, 27 November 2011

Ahli Agamawan Di perangkap Kumpulan Liberal



Kumpulan Liberal akan terus melebarkan pengaruhnya di Malaysia. Mereka akan mencari tapak dan saluran bagi mengembangkan idea dan aliran pemikirannya. Antara pendekatan yang digunakan ialah mereka akan menubuhkan NGO-NGO baru atau menjalankan kerjasama dengan NGO atau individu tertentu. Mereka juga mempunyai ahli-ahli yang akan bergerak aktif dalam bidang perfileman, politik dan kewartawanan.Mereka melakukannya dengan penuh perancangan, berhati-hati dan berstrategik. Pendekatan yang dilakukan oleh kumpulan Liberal menyebabkan pengaruh mereka telah cepat berkembang dan mula di terima oleh banyak pihak. Kesannya, banyak timbul kekeliruan di sana sini apabila timbul isu berkaitan dengan agama dan Islam. Keadaan bertambah rumit apabila kemunculan beberapa individu tertentu dikalangan mereka yang bergelar golongan agamawan kelihatannya telah turut menyumbangkan dan menyuburkan aliran Liberal di Malaysia.Beberapa contoh, pemikiran Ahli agamawan di Malaysia yang menyuburkan aliran Liberal di Malaysia ialah antaranya yang sering diutarakan oleh Dr Asri Zainal Abidin seorang pensyarah USM iaitu:

     Memburukkan Institusi Mufti

  Saya Berhenti Menjadi Mufti Bukan Saya Serik. Jadi Mufti Apa Nak Serik. Boleh Duduk Diam-diam Dan Enjoy Dgn Jawatan. Jgn Banyak Cakap Atau Bangkang. Boleh Pergi Mesyuarat Hotel Sana Dan Hotel Sini. Lawatan Sana, Lawatan Sini. Masuk Ketempat Mahal-mahal. Ada Kereta Rasmi, Terbang Sana, Terbang Sini Dan Cukup Bulan Ambil Gaji. Diam Dan Jangan Peduli Sangat Apa Yg Sedang Berlaku, Maka Jawatan Itu Satu Nikmat YgSukar Hendak Dilepaskan-rujukkan: Majalan Al-islam April 2009, Hal:28-29).

  Menentang Tangkapan Kes-Kes Aduan Khalwat

    state religious authorities must stop spying, snooping and practice of looking for couples to be charged with khalwat. This practices were against the Islamic principles of privacy and denoted the act of trespassing ( The News Straits Times 15 Disember 2007)

  Menyuruh Org Islam menjawab SALAM bukan Islam
  
     Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam bukan Islam yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja: “kami tidak pernah dengarpun ada tok guru pondok kami ajar demikian.( Mingguan Malaysia 1 Ogos 2007).

  Memperlekeh Agensi-Agensi Islam
    
    Sering Mengecam Dan Memperlekeh Agensi-agensi Islam Yg Dituduh Sbg Lembab dan tidak tahu buat kerja  (Mingguan Malaysia 17 Jun 2007& Majalah Milinea Januari 2007 Bil 53, Hal: 18). Contoh:mengecam Program Kursus Pra Perkahwinan Dipenuhi Unsur-unsur Lucah  (Utusan Malaysia 10 Ogos 2007).

  Menyokong pengunaan nama Allah bagi orang Kristian.

   Hendaklah kita jelas bahawa yg membezakan Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan atau rebutan nama Allah. Sebaliknya pada unsur ketelusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyujur kerana pengakuan kita ( Mingguan Malaysia, Merebut nama Allah dan mempertahankan Aqidah, 27/4/08).



Kesan dari beberapa kenyataan Dr Asri ini menyebabkan golongan Liberal di Malaysia mendapat kekuatan dan semangat baru dalam perjuangan mereka. Mereka merasakan mereka bukan bersendirian di dalam memperjuangakan aliran dan pemikirannya. Mereka juga sebenarnya mendapat sokongan dari golongan agamawan muda yang dianggap sealiranya dengannya. 
Pendekatan Dr Asri amat merbahaya kerana dia telah menyebabkan aliran Liberal di Malaysia berkembang subur.Akhirnya Dr Asri ditangkap oleh JAIS (Gambar Di Mahkamah Syariah Gombak:Dr Asri mendapat sokongan padu kumpulan Liberal antaranya Marina Mahathir dan lainnya)
Beberapa individu agamawan di Malaysia yang sering dipuji oleh aliran Liberal di Malaysia. Gambar: Dr Juanda, Datuk Ismail bekas Mufti Terengganu dan Dr Asri Zainal Abidin

Pendekatan dakwah Dr Asri dan rakan-rakanya memberi kesan kepada gerakan dakwah di Malaysia antaranya gerakan dakwah telah kelihatan berpecah dan lambat berkembang, usaha menangani kumpulan liberal semakin sukar, kumpulan liberal semakin kuat dan berpengaruh kerana telah wujud kekeliruan di kalangan umat Islam dan lainnya.

No comments:

Post a Comment