Monday, 3 October 2011

Solat Sebagai Riadah Terbaik

Bagaimana solat boleh dikatakan sebagai riadah terbaik. Menurut doktor kesihatan, kita perla melakukan riadah paling tidak 3 kali seminggu di mana setiap kali perlu memakan masa 30 minit. Kalaupun tidak kita perlu berjalan 10,000 langkah setiap hari. Pasti teramat sukar untuk dilakukan terutama bagi mereka yang sibuk. Bagi setiap Muslim mungkin mereka tidak perlu melakukan itu semua kerana mereka sebenarnya telah berriadah setiap hari iaitu dengan melakukan amalan solat. Dengan bersolat sebenarnya kita sudah melakukan pergerakan yang baik untuk kesihatan.

Benar, kesihatan tidak mungkin diperolehi melainkan apabila kita bergerak. Antara ciri-ciri mutlak makhluk yang hidup adalah bergerak. Tidak ada satu kompenen dalam tubuh kita yang tidak bergerak. Benda yang padat seperti tulangpun juga mengalami pergerakan internal iaitu saat elemen-elemen selularnya mengalami regenerasi. Apabila tubuh kita bergerak kita berhenti menyimpan lemak dan mula membakarnya. Perubatan moden mensyaratkan keadaan tubuh yang sehat sebagai ‘mengalir bebas’ iaitu tanpa halangan,dekongestan oedema yang menimbulkan banyak masalah patologi bagi tubuh.

Kejadian ginjal, pundi kencing dan hempedu yang mengandungi batu karang terjadi kerana deposit meneral yang terkumpul iaitu tidak bebas melepasi tubuh. Koronaria plaquƩ iaitu timbunan yang menyumbatkan saluran darah diotak menjadi sumber penyakit jantung ataupun embolisme saluran darah di otak yang menyebabkan strok dan mengancam jiwa.

Dengan bersolat lima waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat lainnya kita telah melakukan satu riadah yang terbaik iaitu dengan mengerakkan anggota badan kita. Gerakkan-gerakkan di dalam solat wajib dalam sehari terdiri daripada 17 rakaat. Sejumlah 17 rakaat itu memberikan 119 poustur fizikal setiap hari atau 3570 postur setiap bulan dan 43,435 postur setiap tahun. Jumlah gerakkan ini akan bertambah sekiranya kita banyak melakukan solat sunat seperti sunat wuduk, tahiyatul masjid, rawatib, tahajud, duha dan lainnya. Solat sunat harian yang lazim ini mampu menjadikan jumlah postur fizikal ini bertambah sehingga 280 postur setiap hari

Apa yang menarik keseluruhan pergerakkan solat itu tidak ada satupun yang aneh atau menyakitkan. Semua pergerakkan itu mudah dan ringgan untuk dilakukan, tanpa halangan termasuk faktor usia. Mereka yang ada halangan di benarkan untuk bersolat sambil duduk dan seterusnya. Menurut pakar seperti Dr Keneth Cooper pergerakkan ringan dan senaman ringan adalah baik untuk jantung. Kini terbukti senaman yang berat terbukti memberikan beban berat ‘stress’ yang berlebihan kepada tubuh. Ia terbukti memberikan kesan sampingan lain seperti pembentukan radikal bebas dan penurunan kadar pH badan. Senaman berat yang memaksa badan lebih membahayakan kesihatan.

Menurut Pro. Shahid Athar gerakan rekaat solat mampu membakar 10 kalori atau sekitar 200 kalori setiap 20 rakaat sunat tarawikh ketika bulan Ramadhan. Berikutan jumlah pembakaran kalori beginni gerakan solat dapat disamakan dengan senaman yang berintesiti rendah.

Seterusnya gerakkan solat mempengaruhi sistem organ tubuh kita terutamanya otot, tulang rangka dan sendi. Manakala perubahan posisi yang dilakukan mempengaruhi organ dalaman tubuh seperti peredaran darah, jantung, sistem limfatik, memberikan tekanan pada rongga dada dan perut mempengaruhi sistem pernafasan, gerakan saluran penghadaman, saluran kencing dan sebagainya. Gerakan solat mengaktifkan otot-otot tubuh. Terdapat 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami perengangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan otot.

No comments:

Post a Comment