Monday 8 August 2016

Turki keluar waran tangkap ke atas Fethullah Gulen


Luar Negara

ANKARA -TURKI.Kerajaan Turki,semalam secara rasmi telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Fethullah Gulen berkaitan dakwaan cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu.

Memetik laporan AFP, melaporkan sebuah mahkamah telah mengeluarkan arahan untuk menahan Gulen.

Sebelum ini, pemerintahan  Erdogan  mensasarkan Gulen kerana dikatakan menjadi perancang utama kudeta terhadap Erdogan.

Gulen bagaimanapun , menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan gerakan yang diketuainya menegaskan Gulen hanya mempromosi rangkaian Islam yang toleran.

Turki sebelum ini, mengeluarkan waran tangkap ke atas Gulen pada Disember 2014 atas dakwaan merancang dan mengarahkan ‘organisasi pengganas bersenjata’ serta menggunakan tekanan untuk menghalang kebebasan.

Ankara telah beberapa kali menghubungi Amerika Syarikat (AS)  untuk mengekstradisi Gulen, dengan menghantar dua set dokumen kepada Washington sejak cubaan rampasan kuasa sebagai bukti penglibatannya.

Turki bagaimanapun masih belum membuat permintaan ekstradisi rasmi kepada AS berkaitan tindakan terbaharu ini

No comments:

Post a Comment