Mesyuarat Som Ke-38 Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) dan Pelancaran Alumni Bas Belia MABIMS .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menganjurkan Mesyuarat Som Ke-38 Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura(MABIMS) dan Pelancaran Alumni Bas Belia MABIMS . Majlis tersebut telah diadakan pada 29 Oktober 2013bersamaan 24 Zulhijjah 1434H bertempat di Meritus Pelangi Beach Resort & SPA Langkawi, Kedah Darul Aman dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tema majlis pada kali ini adalah ‘Keharmonian Asas Pembangunan Ummah’.
MABIMS adalah singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang diadakan dalam tempoh 2 tahun sekali. Turut dijemput adalah perwakilan daripada negara Thailand dan Filipina sebagai negara pemerhati. Manakala SOM adalah akronim bagi Senior Officers Meeting yang diadakan pada setiap tahun dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan / Musyawarah Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah YBhg. Dato’ Razali bin Shahabudin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.
Tahun 2013 ini adalah tahun yang kelima (5) bagi penganjuran Bas Belia MABIMS. Majlis ini dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara-negara serantau iaitu MABIMS; mengukuhkan lagi kesatuan dalam usaha menjadikan umat Islam di negara anggota MABIMS yang progresif, cintakan kedamaian dan keharmonian serta menjadi rujukan bagi pembangunan umat Islam di dunia. Untuk makluman, pergerakkan Bas Belia MABIMS ini bermula pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) dari Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi yang akan melalui Alor Setar dan seterusnya berakhir di Langkawi pada 31 Oktober 2013 (Khamis)
Seramai 40 peserta dari kesemua negara anggota MABIMS yang mengikuti Bas Belia MABIMS ini di mana akan diwakili oleh 10 peserta dari setiap negara. Antara kriteria peserta yang terpilih bagi mengikuti program ini adalah mempunyai daya kepimpinan , berakhlak dan mampu menjadi inspirasi kepada golongan belia setempat. Keseluruhan Aktiviti adalah bersifat perkongsian ilmu dan kemasyarakatan disamping memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara mesra pelancong.
Jurufoto : Azlan
Date:
Nov 06, 2013
No comments:
Post a Comment