Friday 8 November 2013

Jakim Perhebat Usaha Memartabat Perundangan Syariah Di Malaysia


 
 
 
 
Sesi Forum melibatkan ahli panel dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Mufti Negeri Selangor
dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
 
Ampang, Selangor, 23 hingga 25 Oktober 2013 – “Memartabat Undang-Undang Syariah di Malaysia” menjadi tema bagi Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Tahun 2013 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Konvensyen tahunan anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang ini disertai oleh seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.
 
Antara pengisian konvensyen ialah pembentangan 4 kertas kerja dan satu forum melibatkan ahli akademik, Timbalan Mufti dan pakar serta pengamal undang-undang seperti berikut:
 
Pembentangan Kertas Kerja I
“Kedudukan Undang-Undang Syariah Di Malaysia Masa Kini”
 Oleh : YBhg. Tuan Musa bin Awang
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia
 
Pembentangan Kertas Kerja II  
Integriti Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Syariah
di Malaysia”
Oleh : YBhg. Dr. A.Bakar bin Sarpon
Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia
 
Pembentangan Kertas Kerja III 
“Lacuna dalam Pelaksanaan Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam”
Oleh : YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Pengarah Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
(mewakili YBhg. Dato' Sri Idrus bin Harun, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara)
 
 
Pembentangan Kertas Kertas IV
“Kredibiliti Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie : Satu Penilaian”
Oleh : Y.A. Dato’ Haji Yusof bin Musa
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
 
Forum:    “Syiah: Realiti dan Cabaran” 
Ahli Panel:
1)   S.S. Dato’Haji Abdul Majid bin Omar
                  Timbalan Mufti Negeri Selangor
 
2)   YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin
                   Ketua Penolong Pengarah
                 Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, PDRM, Bukit Aman
 
3)   YBhg.Prof.Madya Dr. Kamaluddin Nurdin bin Marjuni
                      Ketua Program Akidah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM
 
                    Moderator: YBhg. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip
 
Majlis Perasmian Konvensyen tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim yang mewakili YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2013. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah menyatakan bahawa keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang bergantung kepada sikap, nilai, kecekapan, tahap pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi sedemikian. Mereka perlu memahami prosedur tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan hendaklah mengikut had bidang kuasa yang diberi. Di samping itu pegawai-pegawai tersebut juga dikehendaki menggunakan budi bicara secara bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara yang berkaitan sebelum sesuatu tindakan boleh diambil. Oleh yang demikian menurut beliau adalah perlu dipertingkatkan profesionalisme Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama dan penyiasat supaya setanding dengan pegawai-pegawai di agensi-agensi lain. Ketidakcekapan tugas penguatkuasaan dan kelemahan dalam penyediaan kertas siasatan juga boleh mempengaruhi prestasi pendakwaan di Mahkamah.
 
Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Tuan Mohd Halimi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Kewangan, Tuan Masri bin Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBhg. Tuan Yahya bin Md Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dan Puan Hajah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.
 
Konvensyen menutup tirainya dengan Pembentangan Rumusan dan Ucapan Penutup oleh YBhg. Puan Hajah Norliah binti Sajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim di akhir konvensyen tersebut.
 
 
 
Pembentangan Kertas Kerja I oleh YBhg. Tuan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.
 
 
 
 
Pembentangan Kertas Kerja II oleh YBhg. Dr. A.Bakar bin Sarpon, Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia.
 
 
 
Pembentangan Kertas Kerja III oleh YBhg. Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Pengarah, Seksyen Syariah,
Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara.
 
 
 
Antara para peserta konvensyen yang terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie dan
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Seluruh Malaysia.
 
 
 
Peserta khusyuk mendengar ceramah.
 
 
 
Antara peserta yang hadir.
 
 
 
 
YBhg. Tuan Yahya bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang
Jakim menyampaikan cenderahati kepada Y.A. Dato' Haji Yusof bin Musa, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM selaku Pembentang kertas kerja IV.
 
 
 
 
YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim mewakili
YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri
menyampaikan ucapan perasmian seterusnya merasmikan konvensyen.
 
 
 
Barisan Urus setia bergambar kenangan bersama YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim
dan Tuan Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim.
 
 
 
Barisan Urus setia Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim

No comments:

Post a Comment