Wednesday 27 September 2017

Polis Selangor akan ambil tindakan keras kepada pihak anjur pesta arak, dadah



Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Polis Selangor memberi amaran keras akan memburu dan mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri dengan berselindung disebalik acara muzik.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil risikan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati terdapat segelintir pihak tertentu yang cuba menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri ini.
 
“Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, gejala ini adalah tidak sihat dan saya ingin menasihati kepada semua ibu bapa agar mengawasi pergaulan jika anak mereka menghadiri parti anjuran individu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta itu yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Oktober di Kuala Lumpur, tanpa menyatakan sebab khusus.
 
Better Beer Festival merupakan acara yang mempromosikan minuman keras dan telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011.
 
Bagaimanapun, ia menjadi isu nasional selepas anggota jawatankuasa PAS, Riduan Mohd Nor mengadu mengenai acara itu dua minggu lalu dan mengatakan ia boleh mengundang kepada ancaman pengganas.
 
Susulan itu, polis mengesahkan pesta itu diharamkan ekoran  ada menerima maklumat bahawa terdapat rancangan daripada militan Daesh untuk mensabotaj pesta berkenaan.
 
Sehubungan itu, pihak polis juga tidak menyokong acara berkenaan kerana bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini

No comments:

Post a Comment