Tuesday 5 September 2017

Isu Nasab Anak-Mufti-Mufti Bersepakat



PUTRAJAYA: Isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam/Pentadbiran Negeri-Negeri. Ini adalah kesepakatan yang dicapai bersama para mufti daripada beberapa negeri. 

Perkara ini telah dipersetujui dalam satu pertemuan yang diadakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari Isnin, 21 Ogos 2017 yang lalu. Menurut Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, pertemuan yang dihadiri oleh Ashabus Samahah mufti-mufti dari negeri Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan wakil mufti dari negeri Sarawak serta wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri bertujuan untuk membincangkan isu anak tak sah taraf dan mencapai kesepakatan bersama. 





Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha berkata lagi, pertemuan tersebut telah sebulat suara bersetuju bahawa isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam/Pentadbiran Negeri-Negeri yang antara lain memperuntukkan bahawa jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu. 

Tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah. “Peruntukan undang-undang ini juga adalah selaras dengan fatwa yang telah diwartakan di Negeri-Negeri berkenaan dengan kesahtarafan anak dan juga pandangan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Islam (MKI) kali ke-57 pada 10 Jun 2003.”

Read more at: https://www.menara.my/isu-nasab-anak-mufti-mufti-bersepakat/

No comments:

Post a Comment