Friday 1 September 2017

Keluarga Ini Agih Zamzam Sejak 1,400 Tahun Lalu




MAKKAH – Dengan umat Islam kini berada dalam musim haji, tentu ramai jemaah dari seluruh dunia pada tahun-tahun sudah pernah mengalami perkara ini.

Jemaah haji disambut oleh ramai petugas lelaki muda yang mengagih-agihkan air zamzam kepada mereka. Tahukah anda, memberikan air seperti itu merupakan satu tradisi yang sudah dilakukan lebih dari 1,400 tahun!


Malahan ia suatu warisan amalan yang menjangkau hingga ke zaman pra-Islam. Ini kerana air pada masa itu amat sukar ditemui, dan diagihkan kepada orang ramai.
Pada masa itu, tanggungjawab tersebut hanya dipikul keluarga datuk Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdul Muttalib, Selepas Makkah dikuasai, baginda memberikan tanggungjawab itu kepada pakciknya Abbas bin Abdul Muttalib.
Beliau kemudiannya melantik keluarga Al-Zubayr untuk melaksanakan tanggungjawab murni itu.
Namun demikian, dengan jumlah jemaah haji yang ke tanah suci itu semakin meningkat saban tahun, lebih banyak lagi keluarga diberikan tanggungjawab untuk mengagihkan air Zamzam.
Abdulhadi Abduljalil Zamzami, pengerusi Pejabat Persatuan Zamazemah, berkata sebelum peti sejuk diletakkan di Masjidil Haram, keluarga-keluarga Zamazima dikerahkan ke sana untuk mengagihkan air Zamzam.
“Setiap keluarga ada tempat mereka sendiri di mana mereka akan letak tempayan dan bekas tembaga untuk mengagihkan zamzam kepada pengunjung dan jemaah haji,” beliau memberitahu laman Al-Arabiyya.net.
Abdulhadi menambah bahawa para jemaah juga sering berhubungan dengan keluarga-keluarga ini untuk mendapatkan air yang dibekalkan kepada tempat penginapan mereka jika terletak agak jauh.
Menurut beliau, keluarga-keluarga Zamazemah kemudiannya mengisi air tersebut ke botol yang dibubuhkan perasa mastik. Mereka dengan mengenakan pakaian tradisional, kemudian mengagihkannya kepada jemaah haji.
Tradisi ini berkekalan buat beberapa tahun sehingga tahun 1982, menurut Abdulhadi, dan menambah bahawa perintah diraja dikeluarkan untuk memberikan air kepada jemaah di Masjidil Haram.
Ia kemudian diberikan pula tanggungjawab kepada pihak Presiden Jabatan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, menurut beliau kepada Al-Arabiyya.net.
Keluarga-keluarga Zamazemah bersatu di bawah Pejabat Kesatuan Zamazemah yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan air zamzam kepada jemaah dan mengirimnya ke tempat kediaman mereka.
Abdulhadi juga menambah bahawa jabatan tersebut tanpa jemu atau gagal sentiasa mengagihkan air zamzam kepada lebih kepada dua juta jemaah setahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment