Saturday 23 September 2017

Ada usaha bawa pesta arak ke Selangor - peserta demo


Post Pic
SHAH ALAM: Ada usaha untuk membawa pesta arak ke Selangor selepas cadangan itu ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.
 
"Kita agak terkilan, selepas DBKL membatalkan mereka menempelak pihak DBKL bahawasanya DBKL cuba menjadi 'jaguh agama apabila bertindak membatalkannya pesta itu. 
 
"Jadi mereka kata kalau tak jadi di Wilayah maka mereka akan pindah di Selangor," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam himpunan lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah penganjuran Better Beer Festival 2017 di Selangor.
 
18 September lalu, DBKL  menolak permohonan permit  Mybeer (M) Sdn Bhd bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.
 
Pesta berkenaan sepatutnya diadakan dari 6 hingga 7 Okt di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.
 
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Nazilah Idris menberitahu pihaknya sudahpun menghantar memorandum kepada Sultan Selangor agar masuk campur sekali gus menghalang penganjuran pesat tersebut di negeri itu.
 
"Kami turut menghantar memorandum kepada Sultan Selangor. Kami merafak sembah supaya Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh campur tangan sekiranya pihak penganjur ini masih berdegil untuk melaksanakan pesta arak di negeri Selangor," katanya.
 
Ujarnya lagi pihaknya bimbang jika pesta itu benar-bernar dibawa ke Selangor sementelah seorang Exconya yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Kim menyatakan sokongan kepada acara itu.
 
Teng juga dilaporkan mengkritik PAS yang membuat bantahan sebelum ini atas alasan Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang daripada parti itu sahaja yang tinggal di negara ini.

No comments:

Post a Comment