Friday 25 November 2016

Mayat Marcos Pakai Topeng Selama 23 Tahun



MANILA: Seorang pengurus mayat mendedahkan, mayat bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos yang diawet dan dipamerkan selama 23 tahun adalah asli tetapi wajahnya dipakaikan topeng lilin.

Frank Malabed menjadi pilihan untuk mengawet mayat selebriti dan ahli politik berprofil tinggi berkata, wajah Marcos terpaksa dipakaikan topeng dan memakai rambut palsu kerana ia sudah reput.

"Wajah yang kita lihat sebelum ini adalah topeng lilin tetapi badannya asli dan tidak perlu disembunyikan kerana ditutup dengan pakaian," katanya.

Mayat Marcos akhirnya dikebumikan di Makam Pahlawan di Manila pada minggu lalu selepas 27 tahun kematiannya.

Baru-baru ini timbul spekulasi Marcos sebenarnya dikebumikan secara rahsia beberapa tahun lalu dan mayat dipamerkan itu hanya patung lilin.
Malabed mengawet mayat Marcos di Hawaii sebelum mendiang dibawa pulang ke Filipina pada 1993 dan dipamer dalam keranda kaca.


- Harian Metro

No comments:

Post a Comment