Thursday 24 November 2016

Maria Chin Ada Kaitan Dengan CIA, Kata Annuar Musa



Berita

KUALA LUMPUR: Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah didakwa mempunyai kaitan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menerusi pembabitannya didalam beberapa NGO bersama arwah suaminya pada 1980-an.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedua-dua mereka giat bersama National Institute for Electoral Integriti (NIEI), sebuah NGO dibawah pergerakan National Citzens' Movement for Free Electons (NAMFREL) dan Asian Network for Free and Fair Elections (ANFREL).
Ujar Annuar, bekas pegawai CIA, Philip Agee pernah mendedahkan NAMFREL dan ANFREL merupakan alat kepada CIA.

Mengulas lanjut, NIEI ditaja oleh Asia Foundation, yang beroperasi di bawah NAMFREL dan ANFREL.
Katanya, peranan CIA kemudiannya diambil alih oleh sebuah gerakan dinamakan National Endownment for Democracy (NED)

"Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu di teliti lebih lanjut," katanya di Facebook, semalam.

Selain NIEI kata Annuar, Maria juga terlibat dengan  NGO hak asasi manusia dan NGO feminis yang pro-LGBT, seperti Women Development Collective (WDC), Empower dan Sisters in Islam (SIS).

Maria kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Beliau ditahan di pejabat BERSIH di Petaling Jaya pada malam ambang BERSIH 5.
- Malaysian Digest

No comments:

Post a Comment