Friday 18 November 2016

Mahkamah Mesir Gugur Hukuman Gantung Morsi


 

Luar Negara

CAIRO – Mahkamah Rayuan di Mesir yang bersidang semalam mengugurkan hukuman mati yang dikenakan ke atas bekas Presiden Mohamed Morsi.

Ini adalah kejayaan pertama Morsi yang telah melalui 4 perbicaraan berlainan sejak 2013.
Beliau yang merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh bekas Ketua Tentera dan Presiden sekarang, Abdel Fattah al-Sisi.

Sejak diguling pada tahun 2013, pertubuhan pempinan beliau, Ikhwanul Muslimin telah disenarai hitam dan cuba dilumpuhkan dengan pembunuhan ke atas ratusan ahlinya dan ribuan lagi dipenjarakan.
Beliau memegang tampuk pemeritahan Mesir melalui pemilihan pilihan raya yang sah mengantikan diktator mesir, Hosni Mubarak.

Morsi sebelum ini mengenakan baju berwarna merah yakni uniform untuk pesalah yang akan dihukum gantung.
“Beliau akan menanggalkan uniform merah berkenaan,” kata salah seorang Peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maqsud.

Morsi bagaimanapun diarahkan untuk dibicarakan semula atas tuduhan mengambil bahagian dalam satu insiden di sebuah penjara dan dakwaan kekasaran ke atas polis dalam satu rusuhan pada tahun 2011.

Lima lagi defenden yang dalam kes yang sama akan turut dibicarakan semula. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment