Tuesday 22 November 2016

Bersih 5 Bukti Gereja Evangelist Rancang PM Baru



Analisis Isu"


Kongres Amerika lebih setengah abad lalu telah mengharamkan pihak gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik. Pada tahun 1954, pihak kongres telah meluluskan pindaan undang-undang oleh Senator Lyndon Johnson untuk melarang mana-mana badan amal dan gereja dari terlibat dalam sebarang aktiviti politik.


Tetapi di Malaysia pihak gereja dibawah Bernard Paul, Bishop gereja Katolik mendesak rakyat Malaysia supaya turun dijalanan bersama gerakan Bersih bagi menjatuhkan PM Malaysia sekarang ini. Bersih 5 ini sebenarnya mendedahkan rancangan mereka untuk mendominasi politik Malaysia seterusnya mengadakan transformasi sistematik untuk penguasaan Kristian di Malaysia. 




Perkara ini bukanlah berdasarkan sangkaan semata-mata tetapi telah dibuat kajian secara terperinci di dalam buku Sang Nila Utama and The Lion of Judah yang dikarang oleh Iain Buchanan. Ia mendedahkan rancangan globalist menerapkan doktrin Kristian Zionis dan Dominionism kedalam gereja evangelista. Doktrin Dominion merupakan fahaman baru kristian ingin menegakkan sebuah negara berdasarkan undang-undang bible disamping mengadakan persediaan untuk Christ's Second Coming.
 


Mereka mempunyai rancangan yang khusus untuk menguasai bidang politik dan terlibat secara langsung dengan urusan politik walaupun mereka dakwa sebagai non partisan. Seperti yang diluahkan oleh Pastor Daniel Ho dari Damansara Utama Methodist Church, " Not everything is politics, but everything is political...we must get involved at every level as much as possible, as deep as possible ".

Rancangan tersebut mereka namakan sebagai Dream Malaysia Project yang menggabungkan bersama 20 orang Pastor dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh Daniel Ho sendiri. Tujuan mereka ialah untuk membentuk sebuah revolusi terdiri dari kalangan silent majority. Dimana berpuluh-ribu akan bangkit dengan padu bagi mempengaruhi keluarga, guru, pemimpin dan pihak berpengaruh kepada keagungan tuhan mereka dan kebajikan rakyat.

Seterusnya dalam proses tersebut diharapkan kumpulan majoriti akan di kristiankan. Antara penggiat utama kumpulan evangelist ini ialah Theresa Kok ahli parlimen DAP, yang mengatakan hanya 50 kumpulan cell sahaja dalam "missional ministry" diperlukan bagi ubah sebuah bandar. Beliau mengatakan demikian kepada Eric Swanson daripada Leadership Network and The Externally Focused Church yang sangat aktif mengembangkan jaringan " kingdom business " di Malaysia.


Penglibatan gereja evangelist dalam Bersih 5 memberi kesempatan yang besar kepada mereka untuk melebarkan pengaruh dalam politik Malaysia dan menentukan PM yang mereka kehendaki seterusnya mempengaruhi keputusan politik untuk melaksanakan agenda mereka. Gerakan Evangelista menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’ tetapi sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Mereka mahukan semua warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers and sisters”) untuk tujuan mencapai matlamat tersebut.


Bagi evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah identiti “pelampau agama” (religious bigotry). Evangelista berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam dalam politik adalah melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu menghadkan penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah setaraf Taliban dan Perkasa. Evangelista mengkehendaki pembangunan nasional mestilah hanya berteraskan fungsi manusia yang berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan senantiasa maju semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai Islam. 

Bersih 5 hanyalah alat bagi pihak-pihak yang terlibat bagi melaksanakan agenda mereka terutamanya untuk mengurangkan pengaruh Islam dalam aspek politik dan perundangan Malaysia. Seterusnya mengurangkan halangan bagi mereka untuk melaksanakan agenda meruntuhkan Islam seperti LGBT, Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu, kebebasan menukar agama bagi orang Islam dan yang paling penting melantik PM yang menjaga kepentingan mereka. Rakyat terutamanya umat Islam hanyalah sebagai catur permainan sahaja bagi mereka.
 
 
"

No comments:

Post a Comment