Friday 11 November 2016

Azan Akan Terus Berkumandang Hingga Hari Kiamat!


Ketua Majlis Tertinggi Umat Islam di Bait al-Maqdis Sheikh Ekrema Sabri, mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rejim Israel untuk mengharamkan azan di bandar itu.
Datuk Bandar Jerusalem (Bait al-Maqdis) Nir Barkat menggesa pihak polis Israel untuk menggunakan undang-undang ‘bunyi bising’ terhadap azan solat di masjid-masjid di Jerusalem .
sheikh ekreme sabri“seruan azan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam agama Islam,”kat Sheikh Sabri memberitahu Anadolu Agency.
Mantan Mufti Palestin itu menegaskan, seruan azan akan terus berkumandang di masjid-masjid Jurusalem sehingga hari kiamat.
“Israel tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ehwal agama,” katanya dan menambah “Kami akan berdiri teguh menentang sebarang cubaan Israel untuk mengharamkan azan di masjid-masjid di Jerusalem.”


Sheikh Sabri menegaskan bahawa sumber utama “bunyi bising tidak tertanggung” adalah dating dari pesawat Israel yang tidak berhenti-henti sibuk melakukan serangan “ke atas Palestin”.
Beliau berkata: “Jika Barkat mahu bercakap tentang ‘bunyi’ beliau perlu memberhentikan pesawat pejuang Israel dari sibuk atas wilayah kami; kereta kebal rejim yang terus bergerak melalui jalan-jalan kami; jentolak yang merobohkan rumah kita, dan pasukan tentera dari terus menembak rakyat kami.

No comments:

Post a Comment