Monday 28 November 2016

Pilihan Raya Parlimen Kuwait; Pembangkang, Sekutu Menang Hampir Separuh



Kuwait: Kumpulan pembangkang dan sekutu mereka telah memenangi 50 kerusi, hampir separuh kerusi Parlimen, menimbulkan kebimbangan, perbalahan politik segar akan berlaku di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.
Menurut keputusan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa pilihan raya, Nasionalis dan sekutu liberalnya memenangi 24 kerusi. selepas empat tahun membantah, memboikot, ekoran pindaan sistem pengundian utama oleh kerajaan.
Keputusan yang diumumkan pada Sabtu, turut menyaksikan hanya seorang wanita telah dipilih dan minoriti Syiah Islam telah berkurang kepada enam kerusi daripada sembilan pada pilihan raya sebelumnya.
Satu pertiga daripada Parlimen juga merupakan ahli-ahli Parlimen muda dan muka-muka baru.
Kuwait elections1Pilihan raya yang menyaksikan penglibatan kira-kira 70 peratus pengundi di tengah-tengah kemelut isu pemotongan subsidi kerana hasil minyak jatuh.
Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah telah memanggil pilihanraya mengejut selepas membubarkan Parlimen, disebabkan oleh pertikaian menaikkan harga petrol.
Pengundi Kuwait membuat pilihan menolak ahli-ahli Parlimen lama dan mengekalkan hanya 40 peratus daripada mereka dan hanya dua daripada tiga menteri kabinet untuk dilantik semula.


Majoriti mereka yang dipilih telah secara terbuka, menentang sebarang langkah-langkah penjimatan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan bukan minyak.
Kawalan kerajaan dalam dewan perhimpunan sebelum ini telah dikurangkan kepada majoriti yang rapuh.
Majoriti mereka yang ditolak ialah menteri-menteri kabinet yang juga menjadi ahli Parlimen, merupakan mereka yang telah membantu untuk mengukuhkan cengkaman daripada keluarga pemerintah Al-Sabah.
Kuwaiti members of parliament attend the opening session of a new parliamentary term in Kuwait City on October 26, 2010 where the Emir of Kuwait gave a stern warning against political chaos and sectarian tensions that have hit the wealthy Gulf state. AFP PHOTO/YASSER AL-ZAYYAT (Photo credit should read YASSER AL-ZAYYAT/AFP/Getty Images)
Tidak seperti negara-negara Teluk Arab lain yang kaya dengan minyak, Kuwait mempunyai Parlimen yang dipilih,dengan kuasa masih dipegang oleh keluarga diraja.
Keputusan pilihan raya umum yang ketujuh dalam dekad ini, memberikan kekuatan kepada pembangkang untuk memilih menteri baharu.
Pilihan raya diadakan ketika Kuwait menghadapi krisis bajet paling teruk dengan pendapatan minyak, yang menyumbang 95 peratus daripada pendapatan kerajaan, telah menjunam sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Ahli OPEC itu mencatatkan defisit bajet sebanyak $15 bilion pada tahun lepas, setelah 16 tahun bajet lebihan.
Rakyat Kuwait membentuk kira-kira 30 peratus daripada penduduk emiriah itu seramai 4.4 juta orang

No comments:

Post a Comment