Tuesday, 13 December 2011

Fadhilat Amalan Berzikir

Menurut al-Qur’an terdapat beberapa kelebihan kerana melakukan zikir antaranya ialah :

Allah berfirman yang bermaksud: ‘Iaitu orang-orang yg beriman dan tenang tenteram hati-hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram”- (ar-Ra’d:28).

Allah berfirman yang bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yg beriman itu ialah mereka apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”- (Al-Anfal:2).

Berdasar beberapa Hadis Rasulullah mereka yang berzikir akan mendapat beberapa Fadhilat antaranya;

Orang yg berzikir itu hidup dan tidak berzikir itu mati.
Apa-apa yg Allah akan lakukan terhadap seseorg adalah mengikut sangkaannya terhadap Allah.
Amalan yg paling baik dan paling suci.
Ditingkatkan darjat di sisi Allah.
Org yg sibuk berzikir akan dikerumuni oleh Malaikat, diliputi rahmat, diturunkan ketenangan atas mereka.
Allah berbangga dgn mereka yg berzikir dan memujinya.
Ahli majlis zikir akan diseru oleh Malaikat dari langit dgn berkata bangunlah dan keampuinan utk kamu.
Tujuh golongan mereka yg dilindungi dibawah rahmat Allah antaranya ialah org yg berzikir.
Iblis akan binasa dgn kalimah Toiyibah dan Istighfar.
Seseorang yg mengucap kalimah Tiyyibah akan masuk dalam benteng Allah lalu terselamat dari azab Allah.

Menurut Hafiz Ibnu Qayim r.a terdapat lebih seratus kelebihan zikir antaranya;

Zikir menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
Zikir menyebabkan keredaan Allah.
Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dlm hati.
Zikir menguatkan hati dan badan.
Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
Zikir menarik rezeki.
Org yg berzikir akan diberi kehebatan dan kemanisan (org yg memandang akan merasa kehebatan dan kemanisan).
Zikir melahirkan cinta terhadapa Allah.
Zikir membawa hakikat muraqabah (membawa seseorg kemartabat Ikhsan).
Zikir membawa seseorang kembali kpd Allah dan akhirnya Allah menjadi pelindung dan pembantu dlm setiap keadaan.
Zikir menghampirkan seseorang kepad Allah.
Zikir membukakan pintu ‘makrifatuAllah’.
Org yg berzikir disebut Allah dlm majlisnya.
Zikir menghidupkan hati.
Zikir membersihkan karat.
Zikir adalah makanan roh dan hati.
Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
Zikir menjauhkan sifat keraguan seseorg terhadap Allah.
Sesiapa yg mengingati Allah dlm kesenangan dan Allah akan mengingatinya dlm kesusahan.
Zikir menyelamatkan seseorg drp azab Allah.
Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.
Majlis zikir adalah majlis para Malaikat sebaliknya majlis lalai adalah majlis Syaitan.
Seseorg yg berzikir secara Istiqamah akan terselamat dari melupakan diri sendiri.
Zikir meningkatkan kerohanian seseorg.
Nur Zikrullah akan bersama seseorg itu samaada di dlm kubur atau ketika meniti Titian Sirat.
Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
Zikir adalah punca persahabatan dgn Allah sebaliknya kelalaian adalah punca permusuhan.
Allah menurunkan rahmatnya utk org-org berzikir dan para Malaikat berdoa utk mereka.
Sesiapa yg ingin berada di taman-taman Syurga ketika di dunia ini maka hendaklah berada di dlm majlis-majlis zikir.
Majlis zikir ialah majlis para Malaikat.
Allah berbangga terhadap org-orag yg berzikir dihadapan para Malaikat.
Sesiapa yg banyak berzikir dia akan masuk Syurga Allah sambil tersenyum-senyum. Dengan berzikir setiap yg susah akan menjadi senang. Bebanan berat menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
Segala ketakutan dan kebimbangan akan terlenyap melalui zikrullah.
Wajah org yg berzikir akan berseri di dunia dan akan bercahaya di akhirat.


Amalan Zikir yg dicadangkan;

Azan
Mathurat,
Manzil,
Zikir Saidina Ali,
Tahlil,Takbir dan Taqdis
Selawat,
Istighfar,
Iktikaf

Setelah megetahui fadhilat amalan zikir maka sebagai orang Islam adalah sewajarnya untuk kita beramal dengannya. Mudah-mudahan kita akan mendapat manfaat dan kebaikan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment