Tuesday 29 August 2017

TERKINI:Tiada proses mahkamah sekiranya daftar poligami di Perlis




Pasangan Islam yang berpoligami hanya perlu mendaftar di JAIPs dan dikenakan yuran proses sebanyak RM2,020.
 - Gambar hiasan

ARAU - Kerajaan negeri Perlis telah memuktamadkan pasangan Islam yang berpoligami di luar negara seperti Thailand tidak lagi perlu menghadiri proses perbicaraan di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis, Datuk Khairi Hasan berkata, perkara itu bukan sahaja tertakluk kepada pasangan di negeri itu tetapi di negeri lain.

"Tidak perlu ke mahkamah, pasangan suami isteri itu hanya perlu mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) selain dikenakan yuran proses sebanyak RM2,020 sahaja selain mempunyai dokumen pengesahan telah berkahwin.

"Sebagai contoh, pasangan yang telah berkahwin di Songkhla perlu mempunyai pengesahan berkahwin daripada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand," katanya.

Khairi berkata sedemikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban di Kuarters Veterinar Guar Nangka di sini hari ini. - K! ONLIN


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz4r7qRUOd0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment