Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, USIM merupakan universiti awam pertama menerima status Mutawalli daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 2013 yang membolehkannya mengutip dana wakaf.
Jelasnya, melalui sumbangan wakaf, universiti itu telah me­laksanakan projek Klinik Pakar Kesihatan USIM di Bandar Baru Nilai yang beroperasi sejak 2015 dan akan disusuli dengan projek klinik hemodialisis.
“Pihak universiti menyedari bahawa kita perlu kreatif untuk menjana kewangan baharu dan salah-satu yang telah dan sedang dipergiatkan adalah menerusi wakaf.
“Kita juga sedang melakukan perbincangan secara serius dengan sebuat syarikat yang bersetuju membina sebuah kompleks kolej kediaman bernilai RM25 juta di dalam kampus USIM melalui pembiayaan secara wakaf,” katanya dalam Majlis Perhimpunan Kakitangan Bersama Naib Canselor di Dataran Canselori, di sini hari ini.