Tuesday, 3 May 2016

7 faktor Amerika akhiri dominasi di Timur Tengah




Penulis politik, Asim Abdul Khaliq, mengatakan bahawa banyak petunjuk yang muncul menunjukkan bahawa Timur Tengah tidak akan lagi berada pada dominasi satu-satunya negara kuasa besar Amerika Syarikat, sebagaimana yang selama ini terjadi.

Penulis berpendapat dalam artikelnya, Pertempuran Timur Tengah Baru, yang diterbitkan akhbar "Khalij" (Teluk), bahawa masa dominasi telah berakhir, kerana munculnya kekuatan serantau yang mampu mengambil peranan dan memaksa budi bicara.

Hal ini berkaitan dengan dominasi Rusia yang kembali untuk memaksa kehadirannya sebagai pemain utama dan rakan kongsi antarabangsa, dan kemampuannya berperanan sebagai kuasa besar dalam menyelesaikan krisis di wilayah tersebut khususnya permasalahan industri.

Penulis memaparkan tujuh faktor yang dilapor oleh Pusat Penyelidikan Politik Carnegie AS yang melemahkan peranannya di Timur Tengah.

Pertama, keberkesanan peranan yang dimainkan oleh Iran dan Turki dalam menangani krisis di rantau Timur Tengah.

Kedua, krisis dalaman yang terjadi di Negara-negara Arab, beberapa dari negara tersebut masuk dalam senarai negara-negara yang gagal dalam revolusioner.

Ketiga, berkaitan dengan tercetusnya revolusi Syria, di mana dalam konflik ini terlibat tiga kekuatan; kekuatan rejim pemerintah, kekuatan regional dan kekuatan asing iaitu Washington dan Moscow.

Keempat, kemunculan generasi baru kumpulan pengganas yang paling tangguh, ISIS. Ia muncul pada masa ketegangan konflik Syria.

Kelima, berpindahnya titik konflik yang panas dari satu wilayah ke wilayah yang lain.

Keenam, permasalahan Palestin yang tidak pernah selesai dan selalu gagal di meja rundingan.

Ketujuh, perubahan dasar dan peranan Amerika Syarikat terhadap kawasan
tersebut. (Hr/islammemo)

http://www.eramuslim.com | .

No comments:

Post a Comment