Sunday 2 April 2017

Tawfik Tun Dr Ismail Mahu Malaysia Kembali ke Zaman Menteri Mabuk Wiski?



Kuala Lumpur: Tawfik Ismail anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, pernah menuntut supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan. Ini adalah kerana, menurutnya, sebelum kewujudan JAKIM, 

Umat Islam bebas untuk mengamalkan Islam sebagaimana yang mereka kehendaki dan mereka bebas untuk berbuat sesuka hati. “Sebagai contoh, bila-bila masa Tunku bermesyuarat di rumahnya bersama sekumpulan tetamu, kadang-kala seorang dua daripada kalangan mereka akan pergi ke dapur untuk minum brandi atau wiski, kemudian kembali menyambung mesyuarat”, ujar Tawfik. “Sekarang Malaysia dilanda Arabisasi, dan masyarakat sedang meninggalkan budaya Nusantara”. 

Tawfik yang juga merupakan ahli kumpulan liberal G25, turut menyatakan bahawa menurut Perlembagaan Persekutuan, JAKIM sebenarnya tidak mempunyai apa-apa tugas atau fungsi tertentu. Beberapa hari lepas,

 Tawfik telah memfailkan saman untuk mengisytiharkan Usul Pindaan Akta 355 oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang, sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Antara hukuman yang boleh dipinda oleh Akta 355 adalah hukuman terhadap pesalah yang minum arak iaitu sebanyak 80 sebatan syarie. Tawfik bersama kumpulan G25 dimaklumi umum menentang sebarang usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Kumpulan G25 juga ada mengeluarkan kenyataan menentang Pindaan Akta 355. 

G25 mendakwa mereka adalah kumpulan Melayu yang berpengaruh dan mewakili pemikiran progresif di kalangan penduduk Islam di negara ini. Salah seorang ahli kumpulan dan jurucakap G25, Noor Farida pernah dituduh mahu memansuhkan perundangan Syariah di negara ini.

Read more at: https://www.menara.my/tawfik-tun-dr-ismail-mahu-malaysia-kembali-ke-zaman-menteri-mabuk-wiski/

No comments:

Post a Comment