Sunday 9 April 2017

Lindsay Lohan berburkini di Thailand



Lindsay Lohan berburkini di Thailand
Lindsay Lohan tidak lagi tampil dengan bikini seksi di pantai.


SELEBRITI terkenal antarabangsa, Lindsay Lohan pernah mengejutkan peminatnya apabila wanita itu bertindak membuang gambar di laman Instagramnya dan tampil mengenakan hijab.

Lohan dalam masa sama turut mengakui sedang mendalami al-Quran ketika itu.

Terbaharu, dia membuat kejutan dengan penampilannya di pantai dengan tidak lagi tampil dengan bikini seksi di pantai.

Tampil dengan kelainan, Lohan sebaliknya dilihat mengenakan burkini iaitu pakaian renang muslimah yang menutup hampir seluruh tubuhnya.

Aktres filem Mean Girls itu dilihat mengenakan burkini hitam dan merah ketika membuat aktiviti di Phuket.

Pakaian renang muslimah itu melitupi seluruh tubuh termasuk bahagian kepalanya.

Lohan belum bertukar agama kepada agama Islam, namun selebriti itu mengaku mendalami agama tersebut.

No comments:

Post a Comment