Tuesday 11 April 2017

Pasangan gay disebat 100 kali

Gambar hiasan. - Foto AP








BANDA ACEH - INDONESIA. Dua lelaki Indonesia berdepan hukuman 100 sebatan selepas jiran melaporkan pasangan itu mengadakan hubungan seks.

Ketua Penyiasat Syariah, Marzuki berkata, jika didapati bersalah, kedua- dua lelaki itu akan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman atas tuduhan salah laku seks gay di bawah kod yang dikuatkuasakan dua tahun lalu.

Penduduk di kawasan kejiranan Banda Aceh melaporkan salah laku lelaki yang berusia 23 dan 20 tahun itu kepada pihak berkuasa pada 29 Mac lalu, lapor The Associated Press.

Marzuki berkata, kedua lelaki berkenaan mengaku adalah pasangan gay dan ia disokong dengan video rakaman diambil oleh jiran yang tersebar di dalam talian.

Video berkenaan menunjukkan. salah seorang lelaki berbogel sementara seorang lelaki ditolak beberapa kali oleh jiran bagi mengelakkan mereka keluar dari bilik berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan gay kantoi berkhalwat di Aceh]

Aceh merupakan satu-satunya wilayah majoriti Islam Indonesia mengamalkan undang-undang Syariah, yang merupakan konsesi yang dibuat oleh kerajaan pusat pada tahun 2006.

Satu kod Syariah dilaksanakan dua tahun yang lalu, membolehkan sehingga 100 sebatan bagi kesalahan moral, termasuk seks gay

No comments:

Post a Comment