Monday 3 April 2017

Undang-Undang Malaysia Mesti Selari Dengan Islam-Tun Ariffin Zakaria

 

Nilai-nilai yang diamalkan di Barat tidak sesuai diaplikasi di Malaysia secara membuta tuli tanpa mengambil kira sentimen tempatan. Ketua Hakim Negara bercakap bahawa apa yang diamalkan di Barat, jika mahu digunapakai dalam negara haruslah mengambil kira sentimen tempatan kerana Malaysia masih terikat dengan atur cara Islam dan budaya tempatan. “Apa yang berlaku di Eropah, kita tidak boleh ikut bulat-bulat. Apapun, kita harus mengambil kira dan sesuaikan dengan situasi semasa tempatan,” kata Tun Ariffin Zakaria seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal. 

Pandangan yang dinyatakan beliau itu selari dengan apa yang dipertegaskan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim dalam satu syarahan baru-baru ini yang menggesa supaya perundangan Islam diserappakai dalam perundangan negara. “Undang-undang yang bercanggah dengan Islam adalah tidak sah menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca dengan Perkara 4(1) yang sama,” kata Tun Ahmad Fairuz yang merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 2003 sehingga 2007. Peguam Haniff Khatri juga hari ini dilaporkan bersetuju dengan pandangan Tun Ahmad Fairuz bahawa mana-mana perundangan yang tidak bertentangan dengan Islam maka, adalah berperlembagaan.

 “Dengan itu pengiktirafan yang dibuat berdasarkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, apa yang ditegaskan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz adalah amat tepat sekali untuk menyatakan bahawa perundangan Islam mesti diserapkan secara berperlembagaan ke dalam Common Law Malaysia.” Beliau juga menambah, cadangan Tun Ahmad Fairuz itu pernah juga disuarakan seawal 1990 oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar, yang mahukan Malaysia mempunyai Common Law yang sesuai dengan keperluan masyarakat umum Malaysia.

Read more at: https://www.menara.my/undang-undang-malaysia-mesti-selari-dengan-islam-tun-ariffin-zakaria/#57866285

No comments:

Post a Comment