Monday 3 April 2017

500 gereja ditutup, 423 masjid baru dibuka di London

LONDON – London kini telah mempunyai 423 masjid baru, menggantikan 500 gereja yang telah ditutup.
Laporan itu dikeluarkan oleh Institut Gatestone England dan telah mengejutkan ramai pihak.
Sebagai contoh, Gereja Hyatt United telah dibeli oleh masyarakat Mesir dan akan diubah menjadi masjid.
Gereja St Peter pula telah diubah menjadi Masjid Madina, manakala Masjid Brick Lane dibina di atas bekas Gereja Methodist.


Tidak kurang dengan itu, bilangan masyarakat yang memeluk Islam di London juga dilaporkan telah meningkat dua kali ganda.
“London lebih Islamik berbanding Muslim di negara lain,” kata salah seorang tokoh Islam, Maulana Syed Raza Rizvi, yang kini mengetuai “Londonistan”.
Dilaporkan, gereja San Giorgio, yang direka untuk menampung 1,230 jamaah, hanya dihadiri oleh 12 orang yang berkumpul untuk merayakan Misa, manakala di gereja Santa Maria, pula hanya dihadiri oleh 20 orang.
Berlainan pula situasinya di Masjid Brune di Jalan Estate yang mempunyai masalah berbeza iaitu’kepadatan jamaah’.
Masjid dengan bilik kecil dan hanya boleh mengandungi 100 orang, justeru dibanjiri oleh Jemaah sehingga ‘melimpah’ dan tidak putus-putus hingga ke jalan-jalan untuk solat Jumaat. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my

No comments:

Post a Comment