Sunday 16 April 2017

Filipina umum rancangan wujudkan unit tentera beragama Islam


 
Post Pic
 
MANILA: Tentera Filipina mengumumkan rancangan mewujudkan unit tempur khas yang dianggotai penduduk Islam hari ini sebagai sebahagian daripada usaha menangani pemberontakan dalam kalangan penduduk minoriti itu.
 
Jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo berkata, di bawah arahan baharu itu, sebanyak lima peratus daripada semua permohonan menyertai pasukan tentera akan diperuntukkan kepada penduduk Islam dengan matlamat mewujudkan satu briged atau bahagian untuk dikerah ke wilayah bergolak di selatan Filipina.
 
“Kebanyakan saudara beragama Islam menganggap pengambilan hampir 100 peratus tentera Kristian dalam komuniti mereka sebelum ini sebagai satu pencerobohan,” katanya yang memberitahu bahawa umat Islam lebih sedar terhadap sensitiviti agama atau budaya.
 
Kenyataan Arevalo itu bagaimanapun tidak memperincikan jumlah anggota beragama Islam dalam pasukan tentera Filipina ketika ini. 

No comments:

Post a Comment