Monday 24 April 2017

Sudah Sampai Masanya Akta 355 Dipertingkatkan – Prof. Emeritus Shad Salem Faruqi


Kuala Lumpur: Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi berpendapat bahawa hukuman-hukuman di bawah Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan. Berucap di satu sesi ceramah bertajuk “Kebebasan Beragama: Perspektif Perlembagaan dan Antarabangsa”, beliau menegaskan bahawa hukuman-hukuman di Mahkamah Syariah pada ketika ini, hanya setaraf dengan Mahkamah Majistret Kelas Kedua. “Saya perlu nyatakan bahawa kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti Mahkamah Majistret Kelas Kedua, dan ini adalah perkara yang memalukan.




Saya rasa kita perlu menaikkan hukuman ini setaraf dengan Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen Kelas Pertama.” Beliau menambah bahawa Mahkamah Majistret Kelas Kedua lebih berkuasa daripada Mahkamah Syariah daripada aspek hukuman. Maka, kadar hukuman itu boleh dinaikkan. Shad juga menasihati para hadirin supaya jangan membuang masa dengan polemik “Adakah Malaysia Negara Sekular atau Negara Islam?”. “Pada pendapat saya, selagi mana Syariah tidak menjadi undang-undang tertinggi Persekutuan, Malaysia tidak boleh didakwa sebagai Negara Islam walaupun perkataan ‘Islam’ disebut sebanyak 25 kali di dalam Perlembagaan dan perkataan ‘sekular’ tidak disebut walau sekali”, tegas beliau lagi.

Beliau menolak dakwaan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular kerana wujudnya sistem Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam, juga tidak boleh seseorang itu membuat dakwaan bahawa Malaysia Negara Islamik atau Negara Sekular. “Pendapat peribadi saya adalah, kita mengamalkan pluralisme perundangan, kita adalah negara hibrid…”, ujar beliau

Read more at: https://www.menara.my/sudah-sampai-masanya-akta-355-dipertingkatkan-prof-emeritus-shad-salem-faruqi/

By Wartawan Menara - April 21, 2017

No comments:

Post a Comment