Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling mudah serta dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.
Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Zainah membuat kenyataan tersebut dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu yang menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia.
Kemudian kita diberita luaskan oleh kenyataan Profesor Dr Siti Musdah MuliaTidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.
Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.
Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?
Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.
Siti Kasim semua orang kenal ada buat kenyataan baharu, rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.
Kenyataan pakar strategik pasrti AMANAH (PAN) sangat mendukacitakan.
Lebai hairan tak ada pula ulasan-ulasan daripada ulama yang selalu keluar akhbar dan media dengan isu-isu lain tapi tidak dengan isu-isu ini? Kenapa?
Kita dipolimikkan semula dengan isu wanita tidak perlu bersunat oleh seorang Mufti. Sedangkan bersunat bagi wanita (memotong
Ada cerdik pandai universiti (golongan PHD) lebih gemar untuk mencabar debat dalam isu-isu politik seperti RUU 355 kononnya tak menepati Islam tetapi sunyi sepi dalam isu-isu yang mengacam umat Islam kini. Golongan ini sanggup menyediakan video, live youtube bagi membantah kelemahan rakan seperjuangan tetapi sangat pasif dalam isu-isu melibatkan ancaman kefahaman Islam oleh golongan liberal.
Ada pula orang agama yang lebih gemar soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh antara satu sama lain sedangkan ketika ini umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan kedudukan Islam di negara kita. Umat Islam negara kita diancam kristianisasi tapi golongan agama ini leka berbalah soal khilaf.
Ada ulama (dulu ketua persatuan ulama) yang lebih risau dia tidak boleh berkuliah atau berceramah di masjid daripada masalah-masalah umat Islam seperti ancaman fahaman yang dibawa oleh Sister In Islam. kumpulan LGBT, Gerakan Kristian Evangelis. Ulama ini tidak mahu menegur mereka ini kerana demi mendapat undi untuk menuju PUTRAJAYA. Putrajaya lebih utama daripada yang lain.
Sangat malang kalau ulama sekadar dijadikan 'maskot' untuk sesuatu tujuan. Lagi malang kalau yang dijadikan maskot tak sedar dirinya dipergunakan. Hilang kemulian dirinya, malah didunia ini dia tersisih dengan masyarakat yang mahukan agama.
Lebai Hassan Omar
No comments:
Post a Comment