Sunday 18 June 2017

GPMS Kecam Senator DAP ‘P.Pinang Bandar Kristian’


Berita

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kecam keras pandangan biadab Senator Dr. Ariffin Omar apabila mendakwa tidak salah Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.

Ia jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama persekutuan dan Artikel 11 juga menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama lain kepada orang Islam.

“GPMS sangat kecewa dan terkejut dengan kenyatan dikeluarkan oleh YB DAP itu. Bagi GPMS, beliau adalah tali barut DAP dan ejen DAP dalam kalangan Melayu Islam mempromosi agenda Evengelism Kristian di Malaysia.
“Malah menerusi kenyataan itu, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa DAP bukan sekadar parti politik semata-mata malah DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Evangelism Kristian ke dalam negara ini.


“Ini termasuk usaha untuk memerangi Islam serta berhasrat mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebagai pusat kegiatan agama tersebut,” ujar Presiden GPMS, Zambri Mohd. Isa yang dipetik oleh portal UMNO Online.
Ariffin yang menyertai DAP sejak 2011 dilaporkan menyatakan perkara tersebut ketika berdebat dengan bekas Naib Canselor UiTM, Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pada persidangan Dewan Negara di sini pada 19 April lalu.

Baca: PAS Selar DAP Mahu Jadi P.Pinang Bandar Kristian
Bekas aktivis hak asasi manusia dan pensyarah pelbagai universiti itu dipilih DAP untuk menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meletak jawatan sebagai senator dan Naib Pengerusi parti tersebut pada 2012 lalu.
Sehubungan itu, GPMS tegas Zambri mendesak pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi untuk menghalang gerakan dan dakyah Evangelism Kristian dalam kalangan rakyat khususnya orang Islam.
Gerakan mereka ini tambah beliau lagi boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara yang pastinya negara akan menuju sebuah kehancuran seandainya tidak dibendung dan dicegah daripada awal.
“Sekiranya pihak kerajaan selama ini mampu membendung pelbagai kumpulan ajaran sesat dalam kalangan orang Islam sendiri, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Envagilisme Kristian.
“Kita khuatir nanti apabila kerajaan berdiam diri dan biarkan perkara ini berlaku berleluasa, ia akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang,” ujar Zambri lagi.

Baru-baru ini DAP turut menyokong penganjuran Jerusalem’s Jubilee di sebuah gereja Melaka yang dibantah keras pelbagai pihak sebelum diarah untuk dibatalkan kerajaan kerana hina Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment