Thursday, 29 June 2017

Siti Kasim Kutip Derma Lawan JAWI, Ikrar Pertahan LGBT


Berita

KUALA LUMPUR: Siti Kasim menyeru para penyokongnya untuk beramai-ramai menyumbangkan derma bagi membiayai perjuangannya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.

Siti Kasim menegaskan bahawa beliau akan melawan JAWI berhabis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia untuk turut menyokong perjuangannya itu.

"Kita jangan benarkan sesiapa pun untuk menunjukkan kekuatannya hanya kerana mereka ingat mereka boleh melakukannya," tegas Siti Kasim.

Siti Kasim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Jun lepas dan didakwa atas tuduhan "menghalang tugas penjawat awam" di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lepas, Siti Kasim dikatakan telah menghalang pegawai penguatkuasa JAWI menjalankan tugas semasa JAWI mengadakan serbuan di satu acara mak nyah di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Siti Kasim berikrar di hadapan pihak media bahawa beliau akan terus mempertahankan hak LGBT. "Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat; pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti LGBT, tetapi komuniti yang lain juga.

Semua orang harus berani pertahankan hak mereka," ikrar Siti Kasim. "Kita harus berhentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti mak nyah!" tegas beliau.


Sumber : https://www.menara.m

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete