NEW YORK: Jumlah terkini penduduk dunia seramai 7.6 bilion akan mencecah 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan rakyat India akan mengatasi China dalam masa tujuh tahun lagi, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Nigeria akan mengambil alih tempat Amerika Syarikat pada 2050 untuk menjadi negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Ekonomi dan Sosial badan dunia itu.
"Dengan kira-kira 83 juta tambahan penduduk dunia setiap hari, corak menarik dalam saiz populasi dijangka berterusan, walaupun dengan anggapan tahap kesuburan akan terus menurun," kata laporan berkenaan.
Pada kadar itu, jumlah penduduk dunia akan mencecah 8.6 bilion pada 2030, 9.8 bilion pada 2050 dan 11.2 bilion pada 2100. Jumlah rakyat India, yang kini tersenarai sebagai negara kedua paling ramai penduduk dengan 1.3 bilion, akan mengatasi 1.4 bilion jumlah rakyat China pada 2024.
Namun Nigeria paling pantas menambah jumlah warganya dan penduduk di 26 negara Afrika berkemungkinan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda menjelang 2050.
Bilangan penduduk berusia 60 tahun ke atas dijangka bertambah lebih dua kali ganda pada 2050 dan lebih tiga kali ganda menjelang 2100.
No comments:
Post a Comment