Badai demi badai memukul pantai akidah, tiada respon yang positif dari penjaganya, malah semakin berani pihak pihak pelanggar akidah melakukan pukulan demi pukulan walaupun dengan nama ibadat, menganjurkan ibadat tetapi dalam suasana melanggar akidah.Apa tindakan kita? Masanya sudah sampai untuk memiliki sebuah kerajaan yang menjadi penjaga yang tegas demi Islam.Bukan sekadar sebuah kerajaan yang dikuasai dan diterajui oleh orang Islam tanpa berbuat apa apa kepada kerosakan akidah yang semakin menjadi jadi.
Pelangi Campaign, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan keserataan hak untuk LGBT diketuai oleh seorang yang bernama Islam.Ada ulamak wanita diiktiraf oleh ahli politik Islam dari SIS, ada Siti Kassim yang lancang mulutnya menyampaikan ajaran sesat kepada masyarakat serta kita mendengar ada lesbian beriman dalam masyarakat kita hari ini.
Semuanya kesesatan yang nyata dan perlukan pembenterasan sama pentingnya dengan pembenterasan jenayah malah dalam situasi yang ada, mungkin keperluannya mengatasai membenteras jenayah.1MBD, Lanun negara, SD Mamat Rapiji dan banyak lagi kes rasuah yang melibatkan bekas kroni Mahathir dalam Umno sudah jadi perkara kedua selepas LGBT dan liberal yang semakin menekan negara.
Percaya atau tidak dalam sistem negara kita hari ini, kita perlukan sebuah parti Islam yang benar benar Islam untuk mengambil alih pemerintahan dan oleh kerana ianya perlu kepada undi, maka orang Islam hari ini tiada pilihan selain memberi undi kepada parti Islam.Dakwaan parti Islam tidak sepatutnya terlibat dengan demokrasi sekular atau para lebai yang terbabit dengan demokrasi sekular adalah low class sudah menjadi pra matang kerana dakwaan sebegini tidak sedikitpun membantu ikthiar membasmi kemungkaran yang semakin berleluasa.
RUU 355 amat diperlukan sekarang. RUU 355 bukan untuk dikritik oleh orang Islam tetapi perlukan sokongan semua kerana RUU 355 akan membuka jalan kepada semua tindakan membetulkan urusan ugama Islam termasuk juga Hudud dan akhlak Islamiah termasuk juga menjaga akidah dari terus dicemari oleh orang orang seperti Siti Kassim,Numan Afif dan gengnya.
Parti Islam boleh berbeza pendapat dalam isu khilafiyah tetapi bersatu dalam hal hal qatie seperti bab akidah yang tiada kompromi dan lain lain bab yang sudahpun termaktub dalam Islam.
Jadi rengkasnya, sebuah parti lanun boleh berubah menjadi parti Islam kalau mereka mahu.Umno boleh jadi parti Islam kalau mereka mahu, begitu juga dengan PAN dan PKR boleh jadi parti Islam kalau mahu tapi terpulang kepada mereka untuk jadi parti Islam atau parti gedongan Evangelis, yang pasti tindakan mencabar gologan liberal dan LGBT hari ini perlukan respon kita orang Islam menerusi usaha yang nekad untuk mengambil alih pemerintahan negara demi Islam dan kehidupan yang hakiki sesudah mati......
"
No comments:
Post a Comment