Sunday 18 June 2017

Isu Video kempen LGBT KKM


Berita


Saya cukup hairan dengan segelintir manusia yang bermati-matian mempertahankan budaya homoseks. Ringkasnya golongan tersebut dinamakan LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Sehingga ada di kalangan mereka mengecam kempen video yang dibuat oleh KKM bagi mengurangkan budaya songsang ini dalam masyarakat.

Lebih menghairankan lagi saya, apabila terdapat juga orang yang mengaku muslim menyokong budaya negatif ini. Adakah pengamal LGBT dan penyokong mereka sedar bahawa gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al.?

Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.


Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks. Mungkin mereka juga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV.

Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks.

Tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. Fakta dengan jelas mendapati pesakit HIV dikalangan homoseks naik mencanak dari 0.6% (2015) ke 46% (2016).
Adakah angka-angka yang dicerap oleh pihak yang bertanggungjawab ini tidak merungsingkan kita? 

Tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan kempen pertandingan video kreatif Kebangsaan bermula 1 Jun lalu hingga 31 Ogos yang bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat' itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada remaja mengenai gaya hidup sihat. Atas kesedaran moral dan tanggungjawab memuncak inilah kempen seumpama ini perlu diteruskan. Matlamatnya murni, agar golongan remaja tidak terjebak dalam budaya songsang tersebut.

Kepada pengamal LGBT, kami tidak akan menganaktirikan anda dalam terus mendapat nikmat perkhidmatan kesihatan. Atas dasar, etika dan prinsip kedoktoran yang kami pegang, "First do no harm" (Primum non nocere), sesekali kehadiran anda ke premis kami akan terus dilayan tanpa prejudis.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik kesihatan Ketengah Jaya

Sumber: https://www.menara.my

No comments:

Post a Comment