Friday 16 June 2017

Kerajaan laksana tujuh resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam



PUTRAJAYA 16 Jun – Kerajaan komited dalam melaksanakan tujuh resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) yang dikeluarkan hari ini dengan salah satunya adalah mewujudkan sebuah tabung dana pendidikan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tabung di bawah kelolaan Lepai itu akan diaktifkan menerusi kerjasama strategik kerajaan Pusat, kerajaan negeri, badan berkanun, swasta dan individu.




 “Bertitik tolak daripada tujuh resolusi itu, sebanyak RM10 juta dana awal telah disediakan untuk menterjemahkan pelaksana­an aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. Ini bukan daripada dana kerajaan tetapi daripada beberapa organisasi dan yayasan. “Kedua adalah menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Bangi yang selama ini memberi latihan kepada guru Pendidikan Islam sebagai pusat kepada Lepai. Jadi, resolusi yang diperincikan oleh sekretariat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan digunakan untuk melaksa­nakan program kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyem­purnakan majlis penutupan War­shah Islah Pendidikan Islam Lepai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Bengkel yang dianjurkan Lepai bermula Selasa lalu dan berakhir hari ini melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang, sama ada pendidikan Islam, undang-undang, pengurusan, ahli akademik, pentadbir tahfiz dan pondok. 

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Jelas Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, kerajaan komited bersama kerajaan-kerajaan negeri untuk memperkukuh­kan penyelarasan pendidikan agama di peringkat negeri

Read more at: https://www.menara.my/kerajaan-laksana-tujuh-resolusi-warshah-islah-pendidikan-islam/

No comments:

Post a Comment