Monday 5 June 2017

Kristian Evangelis sama busuk seperti Yahudi: Ridhuan Tee



Pendapat



BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, puak Kristian Evangelis yang sedang menguasai parti ultra kiasu mempunyai perancangan busuk sama seperti Yahudi.

“Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.

“Apakah kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua?

“Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang Tambak,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini dan meminta supaya semua pihak tidak terlalu bersangka baik terhadap parti itu.

Mengulas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan Mei ini, Prof Ridhuan Tee menyeru pengundi negeri itu menolak parti perkauman ultra kiasu.

“Sampai bila pun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti.

“Tindak-tanduk mereka tidak menampakkan sedemikian. Pengiktirafan UEC dan bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada mereka. Tetapi biasanya, mereka tidak pernah berasa cukup.

“Parti ultra kiasu hanya boleh dimenangkan di kawasan majoriti Cina. Sebab itu, mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti bukan Cina. Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sudah tiba masanya parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di Sarawak diharamkan operasinya.

“Kadang kala saya berasa pelik, UMNO tidak dibenarkan ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu dibenarkan. Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang menghasut rakyat Sarawak untuk keluar dari Malaysia, sedangkan UMNO begitu aman di Sabah.

“Kepada pengundi Sarawak, yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan negara Islam.

“Inilah mungkin yang cuba dibawa dan ditonjolkan oleh Adenan Satem dan PAS yang mula menapak di sana. Berilah peluang kepada mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment