Friday, 30 June 2017
Antara golongan yang bebas dari azab kubur
Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir.
Bebas azab kubur
Berdasarkan hadis Rasulullah memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :
Thursday, 29 June 2017
Siti Kasim Kutip Derma Lawan JAWI, Ikrar Pertahan LGBT
KUALA LUMPUR: Siti Kasim menyeru para penyokongnya untuk beramai-ramai menyumbangkan derma bagi membiayai perjuangannya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.
Siti Kasim menegaskan bahawa beliau akan melawan JAWI berhabis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia untuk turut menyokong perjuangannya itu.
Friday, 23 June 2017
Hukum Ziarah Kubur Ketika Hari Raya
Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.
Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا
Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”
Riwayat Muslim
Mahu lebih ramai profesional huffaz al- Quran
12 JUN 2017
BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu golongan celik dan hafiz al-Quran dibentuk menjadi pemimpin dan tenaga kerja profesional negara seperti doktor dan jurutera, bukan hanya menjadi imam atau guru agama semata-mata
Katanya, ketika ini negara mempunyai 200 doktor perubatan Islam daripada kalangan hafiz dan hafizah.
Penduduk dunia cecah 9.8 bilion pada 2050
NEW YORK: Jumlah terkini penduduk dunia seramai 7.6 bilion akan mencecah 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan rakyat India akan mengatasi China dalam masa tujuh tahun lagi, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Nigeria akan mengambil alih tempat Amerika Syarikat pada 2050 untuk menjadi negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Ekonomi dan Sosial badan dunia itu.
Thursday, 22 June 2017
Hakim tarik diri dengar kes kalimah Allah
KUALA LUMPUR: Kes Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Datuk Jerry W. A. Dusing @ Jerry W. Patel kira-kira 10 tahun lalu yang memohon hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan mereka, akan didengar di hadapan seorang hakim baru di Mahkamah Tinggi di sini.
Ini ekoran daripada keputusan Hakim Datuk Kamaludin Md. Said hari ini yang menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut disebabkan beliau sebelum ini merupakan Peguam Kanan Persekutuan (SFC) yang mengendalikan kes melibatkan Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala Lumpur menentang Menteri Dalam Negeri di peringkat mahkamah tersebut.
Tuesday, 20 June 2017
Kenapa Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) Makin Berani Sekarang?
Ramai yang bertanya, kenapa kumpulan LGBT kini sangat berani mendedahkan diri dan menyuarakan kehendak nafsu mereka yang bertentang dengan naluri manusia dan masyarakat. Kenapa mereka boleh mempermainakan Islam dengan mengadakan IFTAR GAY?
Pertama kita kena faham golongan ini wujud semenjak Nabi Lut a.s. Di zaman itu golongan ini (LGBT) telah mendedahkan diri dan amalan mereka menjadi sebahagian daripada amalan masyarakat sehingga Allah mengutuskan malaikat untuk menurunkan bala dan menghapuskan seluruh masyarakat kaum Nabi Lut a.s.
Di Malaysia, nilai-nilai Islam masih menguasai masyarakat Melayu Islam. Amalan LGBT ini tersembunyi dan gerakan mereka adalah tertutup dan terhad pada tempat tertentu sahaja kerana mereka tidak mendapat dokongan 'politik' dalam sebarang bentu.
DAP Di Belakang Gelombang Murtad, Liberalisme Yang Makin Parah ?
KUALA LUMPUR – Evangelis Kristian dikatakan sudah berjaya menyusup masuk sehingga mampu mengepalai sebuah parti politik besar tanah air bagi melaksanakan agenda besar Kristianisasi mereka.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz berkata, beberapa pemimpin mereka sudah tanpa rasa takut mempromosikan agama Kristian melalui dakwah politik mereka.
“Sudah ada pemimpin Melayu Islam mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi.
Monday, 19 June 2017
Jawi siasat iftar songsang
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan dari pelbagai sudut berhubung penganjuran majlis berbuka puasa dalam kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mula tular pada 10 Jun lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Nadia Zammil Md Nasir berkata, pihaknya sedang menyiasat sejauh mana kebenaran tular yang tersebar.
“Menurut sumber, ada yang mengatakan mereka bukan menganjurkan majlis iftar, sebaliknya ada pihak lain cuba melakukan provokasi dengan menggunakan nama iftar.
5,000 umat Islam sertai Malaysia Quran Hour di Putrajaya
PUTRAJAYA: Lebih 5,000 umat Islam yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai program Malaysia Quran Hour atau Sejam Bersama Al-Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
Program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu diadakan bagi mengajak dan menggalakkan umat Islam untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran.
Cantik luaran tetapi rosak dalaman: Jakim
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 JUN 2017
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan masyarakat bahawa perjuangan atas nama hak kebebasan dan hak persamaan dalam isu LGBT hanyalah kosmetik yang nampak cantik pada luaran, tetapi rosak dalaman.
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebenar melibatkan penyimpangan tabii golongan LGBT.
Sunday, 18 June 2017
Isu Video kempen LGBT KKM
Saya cukup hairan dengan segelintir manusia yang bermati-matian mempertahankan budaya homoseks. Ringkasnya golongan tersebut dinamakan LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Sehingga ada di kalangan mereka mengecam kempen video yang dibuat oleh KKM bagi mengurangkan budaya songsang ini dalam masyarakat.
Lebih menghairankan lagi saya, apabila terdapat juga orang yang mengaku muslim menyokong budaya negatif ini. Adakah pengamal LGBT dan penyokong mereka sedar bahawa gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al.?
Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks.
GPMS Kecam Senator DAP ‘P.Pinang Bandar Kristian’
KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kecam keras pandangan biadab Senator Dr. Ariffin Omar apabila mendakwa tidak salah Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.
Ia jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama persekutuan dan Artikel 11 juga menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama lain kepada orang Islam.
“GPMS sangat kecewa dan terkejut dengan kenyatan dikeluarkan oleh YB DAP itu. Bagi GPMS, beliau adalah tali barut DAP dan ejen DAP dalam kalangan Melayu Islam mempromosi agenda Evengelism Kristian di Malaysia.
“Malah menerusi kenyataan itu, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa DAP bukan sekadar parti politik semata-mata malah DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Evangelism Kristian ke dalam negara ini.
Saturday, 17 June 2017
Agenda Halus Evangelis DAP
Shen Dong – Ketika Ramadan memasuki 10 hari terakhir, banyak pula dugaan datang kepada umat Islam di Malaysia. Pada awal Ramadhan dulu ada pihak mahu anjur Jerusalem Jubilee dan penghinaan akhbar The Star terhadap umat Islam yang sedang bersolat yang dikaitkan dengan pengganas.
Friday, 16 June 2017
Kerajaan laksana tujuh resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam
PUTRAJAYA 16 Jun – Kerajaan komited dalam melaksanakan tujuh resolusi Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) yang dikeluarkan hari ini dengan salah satunya adalah mewujudkan sebuah tabung dana pendidikan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tabung di bawah kelolaan Lepai itu akan diaktifkan menerusi kerjasama strategik kerajaan Pusat, kerajaan negeri, badan berkanun, swasta dan individu.
Masanya sudah tiba untuk miliki kerajaan yang tegas demi Islam!
Badai demi badai memukul pantai akidah, tiada respon yang positif dari penjaganya, malah semakin berani pihak pihak pelanggar akidah melakukan pukulan demi pukulan walaupun dengan nama ibadat, menganjurkan ibadat tetapi dalam suasana melanggar akidah.Apa tindakan kita? Masanya sudah sampai untuk memiliki sebuah kerajaan yang menjadi penjaga yang tegas demi Islam.Bukan sekadar sebuah kerajaan yang dikuasai dan diterajui oleh orang Islam tanpa berbuat apa apa kepada kerosakan akidah yang semakin menjadi jadi.
Thursday, 15 June 2017
Lailatul Qadr
Assalaamualaikum wmbth wahai saudara/saudari semua..
pg ini, khamis 20 Ramadhan (dari pkl12.00.01 waktu dunia) tapi Malaysia 12.30.01 (sebab mahathir dah cepatkan setengah jam dulu) hingga sblm azan subuh pagi sabtu 22 ramadhan ..
jgn lupa amalkn doa yg diajarkn oleh Rasulullah saw kpd sayyidatina Aishah r.ha ..
dan perbanyakkan jg amalan2 yg sepatutnya...
Isma gesa penganjur majlis berbuka Gay disiasat
BANGI, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Penganjur majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 10 Jun lalu perlu disiasat dan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Menggesa tindakan itu, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, tindakan mereka menganjurkan majlis berbuka puasa yang mengagungkan hawa nafsu ini turut sama menghina Islam.
Wednesday, 14 June 2017
Persatuan Ulama Islam Antarabangsa: Haram Hukumnya Boikot Qatar
"
Persatuan Ulama Islam Antarabangsa (al-Ittihaad al-'Aalami li 'Ulama'i al-Muslimin) menyatakan bahawa haram hukumnya memutuskan hubungan dengan Qatar dan memboikotnya.
Kenyataan ini dikatakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Ali al-Qurrah Daghi maklum balas aksi pemutusan hubungan diplomatik disertai boikot yang dilakukan Arab Saudi Cs kepada Qatar sejak hari Isnin (5/06) kemarin.
Mufti Selangor temui mufti WP atas arahan sultan
PETALING JAYA: Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid hari ini menemui Datuk Dr Zulkifli Mohamad atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun, Tamyes enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Saya belum sempat menghadap tuanku, jadi tidak boleh menjelaskan apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian susulan sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook mufti Wilayah Persekutan hari ini.
Tuesday, 13 June 2017
Budu Panjangkan Usia Orang Kelantan?
Masyarakat Melayu Kelantan jarang dikesan menghidap kanser perut dipercayai kerana faktor pengambila budu dan pegaga dalam makanan harian.
Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat dikalangan penduduk negeri ini.
Monday, 12 June 2017
ASWAJA GESA PIHAK BERKUASA TANGKAP ‘KUMPULAN SESAT’
Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan membendung kumpulan serta individu yang membawa fahaman ‘sesat’ Presiden ASWAJA, Dr Zamihan Mat Zin, berkata terbaru Zainah Anwar yang juga salah seorang pemimpin gerakan liberal mendakwa wanita yang ingin berkahwin tidak memerlukan wali.
Zainah yang dipetik sebuah portal mendesak wanita muslim Malaysia supaya mengenepikan keizinan wali untuk bernikah. “Lebih parah lagi Zainah mendakwa, ‘keizinan wali’ untuk bernikah diambil dari zaman jahiliah sebelum Islam. Kenyataan beliau bukan saja biadap, jahil murakkab, malah ianya jelas bercanggah dan memperlekeh syariat Islam yg menetapkan keperluan kepada keizinan Wali melalui dalil-dalil al-Quran dan Hadis.
Arab Saudi haramkan semua buku Qaradawi
RIYADH: Arab Saudi semalam mengarahkan pengharaman semua buku yang ditulis oleh pakar fiqh terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, lapor agensi berita Anadolu dari Turki.
Surat Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang ditanda tangani menterinya, Ahmed Bin Mohammed Al-Issa, turut mengarahkan semua judul karangan Qaradawi dikeluarkan daripada sekolah, universiti dan perpustakaan.
Ia beberapa hari selepas Riyadh, yang mengetuai kempen menentang Qatar, menamakan Qaradawi sebagai “pengganas”.
Kenapa Arab musuhi Hamas, Ikhwan lebih dari Israel?
“MUSUH Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”
Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel?
Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali?
Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran?
Iran hantar 100 tan makanan ke Qatar setiap hari
LONDON: Iran menghantar 4 pesawat kargo membawa makanan ke Qatar dan merancang untuk menghantar 100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, kata pegawai kerajaan Iran, berikutan kebimbangan mengenai bekalan makanan selepas pembekal terbesar Qatar memutuskan hubungan dengan negara pengimport itu.
Mana Suara mereka dalam isu Umat Islam dan Acaman Kristian Evangelis?
Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling mudah serta dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.
Saturday, 10 June 2017
Kolesterol dalam makanan tidak akan meningkatkan kolesterol dalam badan
Pada tahun 2016, United States Department of Agriculture(USDA) telah menarik balik had kuantiti pengambilan kolesterol di dalam makanan. Ini membawa maksud tiada lagi had untuk pengambilan kolesterol di dalam makanan berbanding sebelum ini dimana mereka menghadkan pengambilan kolesterol sebanyak 300mg dalam sehari.
USDA merupakan salah satu badan kerajaan US yang mengawal selia undang-undang yang berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan juga MAKANAN. Oleh itu, USDA terlibat secara langsung dalam menentukan diet yang sesuai untuk permakanan penduduk di US.
Setelah membuat penelitian dan perbincangan, pada tahun lepas USDA telah mengeluarkan garis panduan diet yang terbaru untuk penduduk di US dan salah satu perubahan besar dalam garis panduan itu adalah penarikkan balik had pengambilan kolesterol.
Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..
"
Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini.. - Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun. Pakar mata pastinya akan menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini untuk menggunakan kacamata tetapi tahukah anda ada tumbuhan yang boleh meningkatkan daya penglihatan mata anda secara semulajadi iaitu lidah buaya. Berikut perkongsian yang sangat bermanfaat dari Petua Ibu tentang cara mengatasi masalah rabun.
Kekalutan Hubungan Antara Negara-Negara Arab Dan Qatar
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat.
Izinkan saya memberikan komen dengan uslub yang agak keras memandangkan realiti yang berlaku lebih keras daripada itu. Selepas saya meneliti dan menyokong keterangan yang dibuat oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia, kami dapati bahawa seluruh dunia Arab perlu kembali semula kepada Islam.
Friday, 9 June 2017
Satu Kampung Satu Gereja 1Malaysia – Pastor Afeef Halasah
Putrajaya: Orang Islam berhak untuk bebas murtad masuk agama Kristian, dan setiap kampung perlu sekurang-kurangnya ada satu gereja agar dakyah Kristian dapat disebarkan, menurut Pastor Afeef Halasah.
Beliau merupakan salah seorang pendakyah Kristian yang disenaraikan antara undangan program All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation (AMGGRC 2017) yang dianjurkan oleh Calvary Life Assembly (Chinese).
Program tersebut mendapat bantahan secara besar-besaran di seluruh negara dengan lebih daripada 30 laporan polis dibuat di Melaka dan teguran oleh Ketua Menteri Melaka.
Krisis Qatar Dan Negara Teluk: Topeng Yang Terdedah
Dunia Islam dikejutkan dengan keputusan empat buah negara Teluk Arab iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir untuk memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara teluk kecil ini masuk campur dalam urusan dalaman dan menyokong gerakan keganasan. Ini diikuti pula oleh Libya Timur, Yaman dan Maldive yang mengambil keputusan sama.
Keputusan yang agak mengejutkan ini diambil selepas 17 hari lawatan Donald Trump ke Arab Saudi dan Israel. Lawatan yang membuka lembaran baru hubungan Israel dan negara-negara Arab. Dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk, "Lawatan Trump : Yang Tersurat dan Tersirat" ada mengulas matlamat utama lawatan ini tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk memastikan keselamatan Israel terjamin di rantau Asia Barat. Ia agak mengejutkan dengan perkembangan baru yang sedang berlaku seolah-olah ianya membenarkan teori untuk mewujudkan pakatan NATO negara-negara Arab dengan menyisihkan mana-mana negara yang mengancamnya.
Nikah Tanpa Wali, Feminis Ditempelak Mufti
PUTRAJAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menjelaskan persoalan berkenaan wali dalam rukun nikah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Kata beliau, menurut mazhab Imam As Syafie, wali merupakan rukun dan ini pendapat kebanyakan ulama serta berdasarkan dalil yang jelas.
Jawapan itu secara tidak langsung menolak dakwaan Zainah Anwar sebagai ‘wakil' Ulama Perempuan Malaysia di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di Kota Cirebon, Indonesia, April lalu yang menekankan peranan wanita dalam Islam dan menyentuh amalan di negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.
6 Gejala Penyakit Jantung Yang Selalu Muncul Satu Bulan Sebelum Serangan Terjadi..
Pėnyakit pola hidup itu dikarėnakan olėh gaya hidup tak sėhat, kurang istirahat, tingkat strės yang tinggi, konsumsi makanan tak sėhat sėrta sudah pasti mėrokok. Suatu data pėrnah launching olėh Organisasi Kėsėhatan Dunia (WHO) bahwa tiap-tiap 6 dėtik ada satu orang yang wafat lantaran pėnyakit jantung.
Mėrubah pola hidup sėrta turunkan tingkat strės di kėtahui bisa mėlindungi kėsėhatan jantung sėrta mėnolong turunkan rėsiko pėnyakit itu, namun sėbėnarnya ada satu hal lain yang sangatlah utama di kėtahui lantaran bisa mėnyėlamatkan jiwa yakni tahu tanda-tanda pėnyakit jantung mulai sėjak awal yang umumnya tėlah dihadapi pasiėn.
Minum air kosong terbukti menurunkan berat badan. Korang tahu tak?
Air kosong merupakan salah satu bahan yang tidak mempunyai kalori. Meminum air kosong tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk. Tetapi yang menariknya adakah anda mengetahui bahawa meminum air kosong mampu menurunkan berat badan anda tanpa anda perlu bersenam.
Subscribe to:
Posts (Atom)