Sunday, 30 April 2017
Oxford Sememangnya Satu Pondok-Dr Muhammad Afifi Al-Akiti
Sekali lagi institusi pengajian Islam yang sudah berakar umbi di tanahair sejak ratusan tahun lama menjadi ‘spotlight’ masyarakat umum Malaysia rentas agama dan etnik, apabila seorang pelajar Tahfiz persendirian menemui ajal atas dakwaan didera oleh pembantu warden sekolah tersebut yang juga merupakan seorang bekas banduan. Rata-rata masyarakat umum mengkritik dengan penuh emosi.
Kita faham, hal melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak kita tidak harus dipandang enteng. Lalu ada yang mahu institusi pengajian agama didaftarkan dibawah seliaan JAKIM (agak mengejutkan kerana sesetengah daripada mereka ini, jika diamati, ada yang sering menuduh JAKIM suka mengongkong kehidupan Muslim di Malaysia membuta-tuli), malah ada juga mahu institusi agama yang tidak didaftarkan ini ditutup. Umpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Rahsia buah kurma yang patut diketahui
Saturday, 29 April 2017
Makin bangga jika paling kuat menentang Islam
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa kesal beliau terhadap beberapa kalangan parti politik di Malaysia.
Menurutnya, ada diantara mereka yang berlumba-lumba menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
"Mereka saling cabar-mencabar siapa yang lebih dahulu, dan paling kuat menentang syiar Islam seolah ia menjadi satu kebanggaan baru zaman ini. Ini yang kita kesalkan," katanya ketika ucapan dasar dan Perasmian Muktamar Pas kali ke -63 di Kota Sarang Semut.
Tambahnya lagi, jika dibiarkan perkara ini berlanjutan, ia akan mendatangkan ancaman pada masyarakat.
Friday, 28 April 2017
LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).
2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
Bahana LGBT
GEJALA bercinta dan berhubungan sejenis dilihat semakin ketara dalam masyarakat di negara kita. Isu melibatkan transgender ini menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah pandangan Islam perihal transgender?
Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau dikenali dengan LGBT.
Thursday, 27 April 2017
PPSM lapor Jawi kenyataan Rafizi
KUALA LUMPUR - Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mengemukakan laporan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dalam rakaman video Sidang Parlimen Rakyat yang tular di media sosial sejak 12 April lalu.
Timbalan Presiden PPSM, Muhamad Yusro Borhan Nordin berkata, kenyataan yang dibuat Naib Presiden PKR itu merupakan satu penghinaan terhadap pihak berkuasa agama serta merupakan satu penghinaan kepada mahkamah.
Sekolah Agama Persendirian, Madrasah Tahfiz Akan Didaftar – Mahdzir Khalid
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz akan didaftar di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata langkah di bawah program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilaksanakan setelah JAKIM selesai memuktamadkan beberapa perkara termasuk terma pendaftaran bagi sekoloah-sekolah tersebut. “Seperti yang disebut perdana menteri bahawa pusat tahfiz juga kita akan daftarkan di bawah satu pendaftaran secara penuh yang dikendalikan di bawah JAKIM. “Kalau ini berlaku, maknanya semua sekolah persendirian aliran agama akan didaftarkan dan mudah untuk diurus apa-apa prosedur yang hendak dikenakan kepada sekolah ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Pada Mac tahun lalu,
Henti spekulasi cemar imej institusi tahfiz
JOHOR BAHRU - Masyarakat diminta agar tidak membuat spekulasi berhubung kes kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 selagi kes berkenaan masih disiasat bagi mengelakkan mengguris hati keluarga dan mencemar imej institusi tahfiz.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, negara ini mempunyai sistem perundangan yang kukuh dan tidak wajar bagi masyarakat mengadili kes berkenaan sebelum keputusan siasatan diperolehi.
Wednesday, 26 April 2017
IRSYAD AL-FATWA KE-192: HUKUM TIDUR SECARA MENIARAP
- Ditulis oleh Syed Husaini Syed Hassan
Soalan:
Saya ada mendengar bahawa terdapat hadis Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Bagaimanakah pandangan para ulama’ terhadap isu ini?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.
Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
Tiada lagi kompromi perbuatan khurafat di Pulau Besar
IDRIS HARON memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan
Mohd. Ali Rustam dan Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan)
semasa melawat kubur Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail
di Pulau Besar, Melaka, semalam. – UTUSAN/AZLI AHMAD
26 April 2017 3:00 AM
MELAKA 25 April – Kerajaan negeri bertegas dalam isu aktiviti khurafat yang diamalkan di Pulau Besar, sekali gus memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab tiada lagi kompromi terhadap mereka yang masih berdegil meneruskan perbuatan tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihak kerajaan negeri tidak sesekali mengizinkan perbuatan khurafat di kawasan itu dan kali ini ingin menghapuskan segala aktiviti khurafat serta mengembalikan Pulau Besar ke imej asalnya.
26 April 2017 3:00 AM
MELAKA 25 April – Kerajaan negeri bertegas dalam isu aktiviti khurafat yang diamalkan di Pulau Besar, sekali gus memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab tiada lagi kompromi terhadap mereka yang masih berdegil meneruskan perbuatan tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihak kerajaan negeri tidak sesekali mengizinkan perbuatan khurafat di kawasan itu dan kali ini ingin menghapuskan segala aktiviti khurafat serta mengembalikan Pulau Besar ke imej asalnya.
Tuesday, 25 April 2017
819 sekolah pondok, SMAR dan tahfiz terima bantuan
PUTRAJAYA: Sebanyak 819 sekolah pondok, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar hari ini menerima bantuan peruntukan RM76.5 juta, bagi tujuan menambah baik dan menyenggara sekolah, selain penyelarasan bagi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Peruntukan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana di sini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam ucapannya, Perdana Menteri berharap bantuan berkenaan yang diumumkannya pada pembentangan Bajet 2017 yang lalu, dapat membantu memperkasa ketiga-tiga institusi berkenaan. “Selain itu, buat pertama kali, belum pernah dalam sejarah negara, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk pembangunan tahfiz melalui DPTN.
‘Raja Bomoh’ mengaku berbohong
KUALA LUMPUR: ‘Raja Bomoh’ membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi. Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370.
Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi ‘melihat menggunakan teropong buluh’ dan ‘angkat kelapa’, diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.
Ibrahim Mat Zin enggan lagi digelar 'Raja Bomoh'
KUALA LUMPUR: 'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mengaku bahawa tindakannya melakukan ritual pelik, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa' adalah ‘lakonan’ yang diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya.
Bercakap pada sidang akhbar di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini, Ibrahim, 66, mengakui bahawa tindakannya yang kononnya untuk membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar di negara ini, sebenarnya hanyalah bagi memeriahkan suasana.
“Kini saya tidak lagi mahu dikenali dengan panggilan Raja Bomoh dan menyesali segala perbuatan saya sebelum ini.
Monday, 24 April 2017
Sudah Sampai Masanya Akta 355 Dipertingkatkan – Prof. Emeritus Shad Salem Faruqi
Kuala Lumpur: Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi berpendapat bahawa hukuman-hukuman di bawah Mahkamah Syariah perlu dipertingkatkan. Berucap di satu sesi ceramah bertajuk “Kebebasan Beragama: Perspektif Perlembagaan dan Antarabangsa”, beliau menegaskan bahawa hukuman-hukuman di Mahkamah Syariah pada ketika ini, hanya setaraf dengan Mahkamah Majistret Kelas Kedua. “Saya perlu nyatakan bahawa kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti Mahkamah Majistret Kelas Kedua, dan ini adalah perkara yang memalukan.
HINDRAF Jangan Masuk Campur, Maza Jangan Hina Agama Lain – Presiden ASWAJA
Bangi: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), mengeluarkan kenyataan media berkenaan polemik antara Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) dengan sebuah pertubuhan yang pernah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri beberapa tahun sebelum ini. Presidennya, Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin Al Ghari menempelak tindakan HINDRAF yang sibuk campur tangan dalam urusan umat Islam di Malaysia termasuk dalam urusan pihak berkuasa negara ini.
Beliau turut menegur sikap Dr. MAZA sebagai seorang Mufti yang juga agamawan supaya tidak mengeluarkan apa-apa bentuk kenyataan atau puisi yang menyentuh sensitiviti agama lain selagi hidup dan tinggal di negara berbilang kaum, budaya dan agama. “Sebagai agamawan yang selalu mendakwa mengikut Sunnah, beliau tidak sepatutnya menghina agama lain dalam meluahkan perasaannya. Ia merupakan satu tindakan pramatang yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Mufti.
Mansuh Islam Agama Persekutuan, Lagi Laporan Polis Terhadap Kassim Ahmad
Putrajaya: Puluhan laporan polis telah dibuat di seluruh negara ke atas Kassim Ahmad yang dipetik sebuah portal liberal mencadangkan supaya Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dimansuhkan. Beliau juga mendesak supaya pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama Islam kerana mendakwa pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama.
“Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama”, katanya seperti yang dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Government have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’ seperti yang disiarkan sebuah portal atas talian.
Jangan dedah data peribadi di media sosial
HULU TERENGGANU, 23 April ― Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial.
Mengingatkan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kebanyakan pengguna sering cuai dengan memuatnaik data peribadi mereka secara terbuka di media sosial tanpa menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan data mereka untuk perkara negatif.
"Apa yang ingin saya nasihatkan pengguna-pengguna di luar sana, jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi sama ada nama, tarikh lahir atau pun nombor akaun (bank).
Saturday, 22 April 2017
Zakir Naik Taraf Penduduk Tetap Malaysia
PUTRAJAYA - Pendakwah antarabangsa dari India, Dr Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.
"Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia," katanya ketika ditanya pemberita sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-189 : HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWAT ISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN
Soalan:
Apakah hukum berubat dengan “perawat Islam” dan hukum meminta pertolongan dengan jin?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.
Kisah Sahabat Yang Mahu Memukul Rasulullah SAW Ketika Sakit Sebelum Wafatnya. Apa Terjadi Kesudahannya
Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama,
sehingga keadaan beliau sgt lemah.
Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua shbt dtg ke Masjid.
Tidak lama kmdian,
penuhlah Masjid dgn para shbt.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt taushiyah dr Rasulullah SAW.
Tidak lama kmdian,
penuhlah Masjid dgn para shbt.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendpt taushiyah dr Rasulullah SAW.
Beliau duduk dgn lemah di atas mimbar.
Wajahnya terlihat pucat,
menahan sakit yg tgh di deritanya.
Wajahnya terlihat pucat,
menahan sakit yg tgh di deritanya.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat2 ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kpdmu,
bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?"
bahwa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu2nya Tuhan yg layak di sembah?"
Semua shbt menjwb dgn suara bersmgt,
" Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."
" Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahwa sesungguhnya Allah SWT adalah satu2nya Tuhan yg layak disembah."
Perantau Gembira Ahok Kalah
WARGA Indonesia yang bekerja di luar negara turut bersolidariti bersama majoriti penduduk Jakarta, di atas kemenangan Anies Baswedan yang menewaskan lawannya, tokoh kontroversi, Ahok pada pusingan kedua Pemilihan Gabenor Jakarta, kelmarin.
Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama tewas sebagai penyandang jawatan Gabenor Jakarta dengan kiraan 42 peratus berbanding Anies 58 peratus.
Rata-rata yang ditemui menganggap kemenangan ini adalah kemenangan kepada Islam yang mereka lihat semakin ditekan oleh golongan liberal termasuk juga tokoh-tokoh agama yang cenderung menyokong Ahok.
Raja bomoh ditahan polis
JOHOR BAHRU 21 April - Individu yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin ditahan polis dalam satu operasi di Segamat, di sini pagi ini.
Menurut sumber, Ibrahim dipercayai ditahan ketika berada di sebuah hotel kira-kira pukul 2.30 pagi.
Ibrahim sebelum ini tular apabila melakukan beberapa upacara yang didakwanya bertujuan melindungi negara ini daripada ancaman.
Terbaharu, aksinya melakukan upacara di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur berhubung ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang, ketika itu. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/raja-bomoh-ditahan-polis-1.472237#ixzz4ew9Sh1Td
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menteri jangan ikut rentak DAP persoal PR Zakir Naik - PAS
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata demikian dipercayai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bahawa kehadiran Dr Zakir Naik boleh mengancam perpaduan negara.
Presiden MIC itu sebelum ini juga mendakwa negara ini tidak memerlukan pendakwah kontroversi tersebut memandangkan Malaysia sudah mempunyai ulama yang cekap dan berwibawa.
Pandanglah Ulama Dengan Kasih Sayang
Salah satu intipati penting bual bicara Saudara Bob Lokman dalam Program Hi-Tea anjuran MTD Air Putih, Kemaman ialah kita hendaklah melihat ulama dengan penuh kasih sayang. Hal ini kerana ulama merupakan pewaris para Nabi. Ulamalah yang mengajar kita tentang hukum, panduan hidup, erti dosa pahala, iman dan taqwa.
PAS dipimpin oleh para ulama. PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulama. PAS ada Dewan Ulama. Di segenap peringkat hatta cawangan di desa kecil pun PAS dipimpin dan dipandu oleh para asatizah. Dasar, perjalanan dan halatuju parti PAS dibentuk, dijaga dan digerakkan melalui para ulama yang faqih dan ikhlas berjuang di jalan Allah. PAS bukan dipimpin dengan kuasa prerogatif seorang Presiden. Contohnya, Presiden tidak ada kuasa mutlak dalam menentukan tahaluf siyasi. Kesepakatan para ulamalah menjadi pemutusnya berpandu hukum.
Friday, 21 April 2017
‘Saya berasa terjamin, selamat bersama Islam’
Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan di ISMA susunan Hanan Osman
NOOR adalah bekas wanita Hindu yang menetap di United Kingdom. Berikut adalah kisah peribadi beliau bagaimana beliau kecewa dengan peraturan sosial moden dalam Hindu dan juga masyarakat Kristian lantas memilih untuk menjadi seorang muslim. Ikuti catatannya:
Dalam agama Hindu lelaki dilayan seperti tuhan-tuhan. Dalam salah satu perayaan agama, gadis Hindu yang belum berkahwin menyembah patung Shiva (dewa Hindu), untuk berharap mendapat suami sepertinya. Hatta ibu saya sendiri telah meminta saya untuk melakukan ini.
Ritual ini khususnya menyedarkan saya bahawa agama Hindu, yang berdasarkan kepada kepercayaan tahyul dan tradisi yang menindas wanita, tidak tepat.
In Malaysia, Islamic spiritual healing seeks scientific recognition
KUALA LUMPUR, April 21 — In 2006, the Health Ministry started offering traditional and complementary medicine (T&CM) in public hospitals, ranging from traditional Malay massage, acupuncture, herbal therapy for cancer, to Ayurveda therapy.
While recognised in the National T&CM Policy, Islamic spiritual healing that mostly consists of reciting Islamic scriptures and supplications to heal illnesses, has yet to find mainstream acceptance.
Packaging the treatment as “Islamic psychospiritual therapy”, several psychiatrists and religious experts are now lobbying for its inclusion along modern medicine. But a big barrier remains ahead of them: empirical scientific evidence.
Di Jepun, Akhbar Boleh Tumbuh Jadi Bunga Cantik (bersama video)
JEPUN merupakan negara kepada asal-usul pelbagai ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului negara maju lain di dunia.
Jika diperhatikan dengan teliti, pelbagai perkara yang kita gunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya dicipta oleh negara ‘matahari terbit’ ini.
Lihat sahaja ciptaan dari mereka seperti kayu swafoto, bateri sel kering, cakera padat, walkman dan pelbagai lagi yang kemudiannya menjadi ikutan satu dunia.
Thursday, 20 April 2017
Ahok kalah di Jakarta: Kebangkitan politik kanan dan mitos media liberal
KEPUTUSAN tidak rasmi pemilihan gabenor Jakarta, Anies Baswedan menang, Ahok kalah (sumber: Reuters). CNN melihat kemenangan ini petanda kebangkitan konservatisme. Agama dan semangat kebangsaan pengaruhi politik kontemporari Indonesia.
Anies disokong Prabowo Subianto, calon nasionalis pilihan raya presiden Indonesia 2014. Sementara Ahok dalam kem Jokowi. “A Baswedan win will be seen as a major blow to Jokowi”, menurut CNN. Media antarabangsa membayangkan Anies berpotensi jadi presiden Indonesia, 2019.
Bekas Menteri menang pemilihan gabenor Jakarta
JAKARTA: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia menang pilihan raya gabenor Jakarta selepas menguasai kempen hingga membayangi reputasi Indonesia untuk mengamalkan Islam yang lebih bertoleransi.
Anies Baswedan menang dengan 58 peratus undi berbanding Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang hanya mendapat 42 peratus daripada 100 peratus undian dalam kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik.
Peninjau pendapat lain turut menunjukkan keputusan yang sama selepas 99 peratus undi dikira.
Referendum Turki: Harapan Dunia Islam
Sekali lagi politik Turki menjadi perhatian dunia. Tidak pelik ini kerana Turki adalah sebuah negara yang sangat penting dari sudut sejarah, geografi, sosial dan masa depan politik dunia Islam. Setelah kegagalan rampasan kuasa oleh pihak tentera pada Ogos 2016 lepas, Presiden Reccep Tayyib Erdogan dan partinya AKP terus mengukuhkan kuasa.
Kali ini satu referendum telah diadakan bagi memberikan kuasa yang lebih luas kepada Erdogan sebagai presiden, mengubah sistem sedia ada kepada sistem presiden berkuasa eksekutif. Referendum yang diadakan semalam 16 April menyaksikan kumpulan yang menyokong agar perlembagaan diubah kepada sistem presidensi telah menang dengan majoriti yang tipis.
Monday, 17 April 2017
5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki
1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?
“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]
2. Perbanyak istighfar dan taubat
Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.
63 peratus sokong pindaan perlembagaan di Turki
ANKARA: Undi yang menyokong pindaan perlembagaan Turki dalam pungutan suara hari ini telah mendahului dengan 63 peratus selepas satu suku daripada jumlahnya sudah dikira setakat ini.
Undian ditutup pada empat petang waktu tempatan di bahagian timur negara manakala di tempat lain selepas lima petang.
Sunday, 16 April 2017
Khasiat Buah Kiwi Yang Kita Tidak Tahu
Berikut merupakan beberapa khasiat yang dapat diperoleh dari buah Kiwi
- Anti-hipertensi
- Buah Kiwi mengandung kalium yang dikenal sebagai mineral penurun tekanan darah tinggi. Kalium juga penting untuk menjaga fungsi otot dan gerak reflek sistem saraf. Kalium juga berperan menjaga keseimbangan air di dalam tubuh.
- Menangkal radikal bebas
- Kiwi sangat kaya kandungan antioksidan. Kandungan polifenol, karotenoid, dan enzim-enzim lain membentuk antioksidan yang akan menangkal radikal bebas yang masuk dalam tubuh. Hasilnya, tubuh lebih sehat dan dapat terhindar dari banyak penyakit.
Waktu waktu yang Afdhal Untuk Mengamalkan Bacaan Ayat Kursi Menurut Hadith
Ayat Kursi
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255)1- Ketika pagi dan petang
Mengenai orang yang membaca ayat kursi di pagi dan petang hari, dari Ubay bin Ka’ab, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا قَرَأَتْهَا غُدْوَةً أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُمْسِيَ ، وَإِذَا قَرَأَتْهَا حِيْنَ تُمْسِي أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُصْبِحَ
“Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.”(HR. Al Hakim 1: 562. Syaikh Al Albani menshahihkan hadits tersebut dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib no. 655)
Resepi Pencegah Kanser Paling Mujarab Menggunakan Buah Durian Belanda
Di Malaysia, buah ini dikenali sebagai Durian Belanda, berbanding di Indonesia ia dikenali sebagai buah Sirsak.Pohonnya rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis.
Buah durian belanda ini sering dijadikan jus tetapi tahukah anda, buah durian belanda ini mempunyai pelbagai khasiat lain yang bermanfaat!
WANITA! ELAK KETUMBUHAN FIBROID & CYST DALAM RAHIM DENGAN 7 CARA NI
Fibroid atau leiomyomata adalah ketumbuhan abnormal yang membesar dalam rahim. Kira-kira 70 hingga 80 peratus wanita berpotensi mendapat fibroid dengan 30 peratusnya wanita di bawah umur 35 tahun.
Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.
Elak Ketumbuhan Fibroid & Cyst Dalam Rahim Dengan 7 Cara Ni
SUBHANALLAH!! KETAHUILAH BIJI SELASIH SANGAT BERKESAN ATASI KADAR GULA DARAH, GASTRIK, SAKIT GIG, DLL… RAMAI TAK TAHU CARA PENGGUNAANYA
Biasanya biji kering atau selasih (Ocimum basilicum) yang telah direndam di dalam air mudah diperolehi di pasaran tradisional atau pasar raya, harga juga agak murah, hanya perlu membelanjakan wang RM1.00 setiap pek. biji selasih pas digabungkan / diproses minuman supaya segar semasa puasa, sebagai tambahan kepada rasa tidak selesa, banyak ciri-ciri juga.
Pada asasnya, manfaat biji selasih, terutamanya untuk kesihatan badan kita, dapat dijelaskan berikut:
1) Sebagai ubat herba Biji selasih digunakan secara meluas untuk gabungan beberapa jenis hidangan seperti jus, buah-buahan campuran ais / ais, puding atau agar-agar.
Biji selasih dalam perkara ini mengandungi banyak nutrien pekat seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat untuk penggunaan yang sangat baik sebagai pelega masalah pencernaan herba, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.
10 GOLONGAN MANUSIA YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB AMALANNYA!
10 GOLONGAN MANUSIA YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB AMALANNYA
Setiap muslim bercita-cita untuk menghuni syurga al firdaus di akhirat kelak. Namun, sebilangan mereka jauh terpesong daripada menuju jalan yang lurus ke syurga Allah. Mereka lalai untuk menuju kejayaan dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah swt. Manakala hambaNya yang taat dengan suruhan dan larangan-Nya akan berusaha sedaya mungkin mengejar kenikmatan di dunia dan di akhirat.
Menurut hadis sahih yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diazab oleh Allah swt. 10 golongan manusia ini dikatakan akan mempunyai wajah bercahaya seperti bulan purnama dan hati mereka semuanya sama. Mereka beriman dan sentiasa istiqamah menuruti segala suruhan Allah swt dan baginda Nabi Muhammad ﷺ hingga ke hari kiamat.
9 Amalan Hindar Sihir Dan Gangguan Syaitan
1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
Filipina umum rancangan wujudkan unit tentera beragama Islam
MANILA: Tentera Filipina mengumumkan rancangan mewujudkan unit tempur khas yang dianggotai penduduk Islam hari ini sebagai sebahagian daripada usaha menangani pemberontakan dalam kalangan penduduk minoriti itu.
Jurucakap tentera, Kolonel Edgard Arevalo berkata, di bawah arahan baharu itu, sebanyak lima peratus daripada semua permohonan menyertai pasukan tentera akan diperuntukkan kepada penduduk Islam dengan matlamat mewujudkan satu briged atau bahagian untuk dikerah ke wilayah bergolak di selatan Filipina.
Bumi hampir dilanggar asteroid - NASA
NEW YORK: Bumi berdepan situasi yang getir pada minggu depan apabila sebuah asteroid yang besar sebesar Rock of Gibraltar berukuran kira-kira 1,600 meter persegi dilaporkan hampir berlanggar dengan planet ini.
Menurut saintis Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai 2014-J025 itu, akan melintasi bumi pada 19 April dengan jarak 1.77 juta kilometer, kurang lima kali ganda berbanding jarak ke bulan.
Namun di sebalik jarak yang terlalu hampir itu, NASA berkata, peluang untuk berlaku pelanggaran amat tipis.
"Walalupun tiada kemungkinan berlaku pelanggaran, jarak asteroid itu dengan bumi amat hampir," jelas NASA.
Saturday, 15 April 2017
Eropah tunjuk wajah sebenar anti Islam - Erdogan
"Lima juta saudara-saudara kita yang telah menetap di sana akan membentuk masa depan Eropah," kata Erdogan dalam perarakan di wilayah Laut Hitam Giresun menjelang pungutan suara pindaan perlembagaan Ahad (esok).Erdogan mengatakan bahawa dalam beberapa bulan terakhir, Eropah telah menunjukkan wajah mereka sebenarnya yang anti-Islam. Mereka tidak mempunyai toleransi terhadap umat Islam.
Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak
Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak?
Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.
Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak
Subscribe to:
Posts (Atom)