Monday 20 March 2017

Siti Kasim antara muka baharu Majlis Peguam




KUALA LUMPUR 18 Mac – Peguam yang terkenal kerana sering kali mencetuskan kontroversi apabila dengan lantangnya menolak serta membantah usaha kerajaan dalam memperkasakan bidang mahkamah syariah telah dilantik antara muka baharu yang akan menerajui Majlis Peguam.

Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim telah dilantik antara empat muka baru yang menjadi barisan hadapan Majlis Peguam apabila beliau memenangi 1,893 undi sekali gus mela­yakkannya berada pada tangga ke lapan daripada 22 calon yang bertanding.

Oleh yang demikian, beliau telah dilantik secara rasmi untuk memegang jawatan dalam Majlis Peguam semasa berlangsungnya­ Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada hari ini.

Sebanyak 17,394 kertas undi telah diagihkan pada tahun lalu namun hanya menerima kembali sebanyak 3,939 undi dan bilangan undi yang sah hanya 3,914 sahaja.

Selain itu, George Varughese telah dilantik sebagai Presiden bagi penggal 2017/2018 menggantikan Steven Thiru, manakala jawatan timbalan presiden dipegang oleh Abdul Fareed Abdul Gafoor yang sebelum ini merupakan bendahari, Roger Chan Weng Keng turut dilantik sebagai setiausaha dan Ravi Nekoo memegang jawatan bendahari.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/siti-kasim-antara-muka-baharu-majlis-peguam-1.458700#ixzz4bpMDjQZ1
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment