Wednesday 22 March 2017

Mufti Wiayah beri peringatan kepada Malaysiakini, FMT



Berita


KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menegur dua buah portal pro pembangkang dan menganggapnya memberi kesan negatif kepada institusi fatwa.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kedua-dua portal tersebut ialah Malaysiakini dan Free Malaysia Today.

Sambil merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk Pejabat Mufti: Jangan khalwat dalam teksi, Uber, Grabcar, beliau berpendapat tajuk yang diberikan jelas bercanggah dengan kesimpulan yang dibuat pihaknya.

“Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar.

“Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama,” katanya dalam entri media sosialnya malam tadi.

Menurut Zulkifli, tajuk seperti itu memberi persepsi buruk dan perasaan tidak senang pembaca muslim dan non muslim.

“Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama,” katanya lagi.



Justeru, pihaknya menyeru kepada Malaysiakini dan Free Malaysia Today untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.-MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment