Wednesday 29 March 2017

Erdogan sifatkan Jerman sebagai fasis


Luar Negara


Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan pihak berkuasa Jerman sebagai fasisme ekoran tindakan mereka membiarkan kumpulan neo-Nazi mencemar masjid di negara itu dengan lambang tradisi Hindu.

Bercakap dalam satu majlis di Istanbul, Erdogan menyelar pihak berkuasa negara itu kerana tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap kumpulan berkenaan, mengecat lambang ‘swastika’ di masjid seluruh negara itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa Jerman juga tidak mempedulikan kes Nasionalis Sosialis Underground (NSU), yang mana kumpulan itu dituduh membunuh lapan warga Turki dan seorang warga Greek dalam serangan pengeboman di kawasan kejiranan dan beberapa siri rompakan antara tahun 2000 dan 2006.

Erdogan turut mengecam kerajaan Jerman yang mengharamkan kontraktor pertahanan Rheinmetall daripada menjual beberapa produk ke Turki.

“Mereka memanggil Presiden Turki ‘diktator’, tetapi apabila kita memanggil mereka fasis dengan alasan yang baik, pihak berkuasa Jerman tersinggung,” katanya.

Fasisme adalah ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat, dan mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama.- Agens

No comments:

Post a Comment