Monday 6 March 2017

PBS zahirkan mereka anti-Islam




Oleh MOHD AMINUDDIN ALING



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa kekecewaan terhadap kenyataan terbaru Parti Bersatu Sabah (PBS) mengenai pendirian mereka terhadap cadangan Pindaan Akta 355. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Dr Maximus Ongkili itu menggambarkan parti tersebut sememangnya anti kepada Islam.

PBS nampaknya cuba menyekat kehendak umat Islam yang ingin menaikkan kuasa mahkamah syariah. PBS sudah berani masuk campur terhadap urusan umat Islam. PAS Sabah berharap PBS jangan sekalikali membangkitkan sentimen membenci antara agama. Ini boleh menimbulkan suasana tidak harmoni khususnya di Sabah.


Sekiranya pendirian PBS ini berterusan, PAS Sabah berharap ahli-ahli PBS yang beragama Islam perlu segera meninggalkan parti tersebut. PBS sepatutnya menghormati dan meraikan Islam yang mempunyai peraturan dan cara hidup sendiri yang termaktub dalam al-Quran.

PAS juga tidak melanggar peraturan dan perlembagaan yang menjadi panduan kita di Malaysia. PAS Sabah berharap semua parti khususnya di Sabah agar berpolitik secara matang dan bertamadun.

Semua parti politik mesti menghormati agenda pejuangan masing-masing.

Perkara yang paling penting adalah semua parti politik hendaklah membela rakyat seperti mana yang dilakukan oleh PAS dalam konteks pindaan Akta 355 ini.

MOHD AMINUDDIN ALING ialah Pesuruhanjaya PAS Sabah

No comments:

Post a Comment