Thursday 16 March 2017

Pluralisme Baik Untuk Rakyat Malaysia! – DAP




Berita

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam.

“Kepelbagaian dan pluralisme sebenarnya kekuatan dan aset Malaysia yang unik.




“Jika kita menerima Malaysia sebagai masyarakat plural, maka tidak ada ruang untuk rakyat Malaysia anti mana-mana kaum, agama atau budaya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berfikir bahawa mereka adalah kaum Melayu, China, India, Kadazan atau Iban. .

Kata beliau, setiap rakyat Malaysia perlu menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun.

Ramai cendiakawan Islam sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mereka berpandangan pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga.

Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pakatan Harapan menandatangani kerjasama politik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan UMNO kerana beberapa kepentingan peribadinya enggan dipenuhi kerajaan Persekutuan.

Mahathir mengetuai parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MYNEWSHUB.CC



No comments:

Post a Comment